MUAFAKAT NASIONAL AKAN DIDAFTAR SECARA RASMI

567
SHARES
1.8k
VIEWS

Kepimpinan UMNO dan PAS bersetuju mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung I dan II MN iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan hari ini yang dikongsikan menerusi akaun Twitter Annuar.

Menurut kenyataan itu, kepimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Kenyataan itu turut menjelaskan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang dijadual diadakan di ibu negara Isnin malam ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan bagi menangani penularan pandemik COVID-19.

Dalam ciapan berasingan, Annuar berkata ulang tahun genap setahun MN bakal disambut pada 1 Nov ini. – BERNAMA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts