UMNO DAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Shahbudin Embun

Jangan keruhkan air di hulu
Di hilir jernih senang nak mandi
Kalau kita berganding bahu
Segala kerja semua menjadi

Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi dan UMNO mengambil langkah pro aktif dengan mengisytiharkan ‘gencatan politik’. Langkah tersebut dilihat bijak kerana rakyat jelata sudah muak dengan ‘politiking’ keterlaluan di musim pandemik kembali mengganas.

Bagi Zahid, bukan kepentingan diri jadi keutamaan, tapi keselamatan dan kesejahteraan rakyat selalu dititikberatkan.

Bukannya masa untuk bernostalgia kerana keadaan semasa agak membimbangkan. Kita seharusnya berpijak di bumi nyata demi negara tercinta.

Di waktu ramai yang hilang pekerjaan kerana banyak syarikat yang gulung tikar waima Syarikat Penerbangan MAS kebanggaan negara gulung tikar, usahlah difikirkan hal parti atau jawatan.

Biarlah sebarang rundingan dilaksanakan oleh mereka yang diberi amanah, di belakang tabir tanpa menimbulkan keluh kesah rakyat.

Tindakan ini disokong oleh Tan Sri Annuar Musa dengan menyatakan bahawa terlalu banyak berita tidak benar (fake news) serta andaian tidak berasas sejak kebelakangan ini.

Ujarnya juga, pergolakan politik tidak akan menyelesaikan pandemik Covid-19 yang melanda negara kini, kerana tumpuan utama kita adalah ekonomi dan kesihatan.

Elakkan musibah dan pergolakan. Kita juga seharusnya berfikir di luar kotak dalam norma baru.

Dalam masa yang sama SUA UMNO Dato’ Ahmad Maslan telah mengeluarkan arahan supaya Persidangan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini ditunda pada awal tahun depan. Penangguhan ini sejajar dengan Perlembagaan parti di mana sebarang persidangan boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan.

Ahmad Maslan juga menyarankan agar aktiviti kemasyarakatan dalam membantu rakyat tetap diteruskan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Kesimpulannya, UMNO sejak berzaman adalah parti yang mengutamakan kepentingan rakyat jelata. Semoga UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia. Di samping itu kita seharusnya akur dengan titah dan kebimbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts