ISU PENCEROBOHAN TANAH HARAM MUSANG KING: DI MANA MARUAH KERAJAAN NEGERI, DI MANA PBT?

394
SHARES
2.3k
VIEWS

Isu pencerobohan tanah di Raub yang melibatkan pekebun durian secara haram kini timbul kembali. Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar yang mereka ada berhimpun dan keluarkan kenyataan media semalam.

Mereka telah mewujudkan satu gabungan yang dinamakan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang dianggotai oleh 204 orang bagi mempertahankan tindakan haram mereka.

Dalam satu laporan, SAMKA telah mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah bersetuju untuk menghalalkan tanah ini dengan melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Walaupun ‘dihalalkan’, itu pun mereka bantah dan bawa ke mahkamah dengan pihak ketiga ini akan mengenakan bayaran yang tinggi sebaliknya mereka meminta kerajaan negeri berurusan terus dengan para pekebun.

Apapun yang diputuskan mahkamah nanti bukanlah menjadi isu tetapi yang menjadi persoalan kepada rakyat ialah:

i. Benarkah kerajaan negeri menghalalkan pencerobohan ini?

ii. Kenapa perlu pihak ketiga untuk mengambil tindakan bukan PBT?

iii. Apa peranan Majlis Daerah dalam hal ini?

iv. Adakah di sana tangan-tangan ghaib yang menjadi dalang sehingga pencerobohan ini sudah dihalalkan?

v. Apakah SPRM sendiri takut untuk buat siasatan?

Rakyat pasti melihat kes ini dengan penuh kesedihan dan rasa marah. Apa tidaknya, tentera yang berkorban siang dan malam mempertahankan negara nak dapat satu ekar tanah untuk hidup pun susah. Tetapi beribu ekar diceroboh dengan senangnya mahu dihalalkan.

Di mana maruah kerajaan negeri? Di mana kredibiliti PBT? Kenapa para pemimpin begitu takut dengan pekebun haram ini? Di mana ahli Parlimen Raub dan ADUN di sini? Adakah mereka bersekongkol sekali? Semua ini adalah persoalan-persoalan yang bermain dalam kepala rakyat.

Sudah hampir pasti nampaknya penceroboh-penceroboh ini akhirnya tidak akan dikenakan apa-apa tindakan malah bebas terus bertanam dan mengutip hasil di atas tanah haram. Apa lagi yang rakyat boleh harapkan pada pemimpin politik hari ini? Sudahlah tanah rizab Melayu habis digadainya selama berpuluh tahun, inikan pula tanah kerajaan sendiripun tidak berani hendak buat apa apabila diceroboh? Pelik tetapi benar.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

25 Oktober 2020

Sumber: https://www.facebook.com/110522647436048/posts/135945378227108/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts