MUAFAKAT MENJUNJUNG TITAH PERINTAH MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

407
SHARES
2.4k
VIEWS

MUAFAKAT mengambil maklum Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu persidangan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu petang hari ini bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia susulan dari Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya kelmarin.

2. Susulan itu, pelbagai reaksi yang diterima termasuklah kumpulan yang sedia maklum berpendirian negatif dengan kelangsungan fungsi dan kewujudan Institusi Beraja di Malaysia.

3. Maka MUAFAKAT ingin menegaskan di sini bahawa sebarang tindakan yang tidak menghormati prerogatif dan kuasa YDP Agong di sisi Perlembagaan Persekutuan amatlah dikesali kerana itu bercanggah dengan prinsip Kedaulatan Malaysia.

4. MUAFAKAT berharap pihak berkuasa bersikap tegas terhadap mana-mana yang cuba mencetuskan kebencian terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, juga menggugat keamanan dalam negera dengan niat untuk menghalang baginda melaksanakan kuasa pemerintahan menurut Perlembagaan Persekutuan.

5. Justeru, MUAFAKAT menyeru semua rakyat Malaysia mentaati nasihat YDPA agar seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar sementara menunggu keputusan mengenai cadangan tersebut. MUAFAKAT menyokong sebarang keputusan YDP Agong untuk memelihara kesihatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam negara.

Mahmud Hishamuddin

Setiausaha Agong MUAFAKAT

25 Oktober 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts