PERIBUMI MELAYU PERLU BERANI LAKSANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN

117
SHARES
378
VIEWS

Malangnya, keadaan tidak mengizinkan Peribumi Melayu rally atau turun membuat himpuanan besar-besaran, mereka sudah faham sangat Peribumi Melayu ini hanya akan bising sekejap sahaja, bagi mereka orang Melayu ini seperti menyalak bukit… Sedangkan mereka tahu kehendak dan tuntutan mereka berjalan semakin rancak seperti biasa, tiada perasaan malu, seolah-olah pemimpin Melayu takut dengan mereka.

Kerajaan Negeri dan pemimpin negara tidak berfungsi sewajarnya, adakah keberadaan mereka sebagai pemimpin membuatkan mereka invincible… Maksudnya tidak perlu berbuat apa-apa sekalipun jika ada kerosakan berlaku di depan mata.

Bayangkan pemberian tanah secara berskala besar kepadaa bangsa asing ini telah berlaku semenjak zaman penjajah Belanda dan British Malaya lagi sudah tentu yang tinggal hari ini hanyalah ‘sekangkang kera’ sahaja.

Jangan di masa hadapan ini kerajaan tiada tanah lagi untuk ditadbirkan, apakah pemimpin kita hari ini sudah bodoh matematik atau apa sebenarnya masalah mereka?

Mereka tidak faham bahawa ‘tanah’ adalah kuasa terbesar untuk memerintah, (itu sebab China menjarah negara jiran mereka, selain dari tamak harta, mereka TAMAK KUASA). Tanah menjadi punca utama dalam matlamat untuk menjana ekonomi, tanah juga adalah kampung halaman kepada kita, hal yang sinonim dengan budaya bangsa orang Melayu. Tanah merupakan anugerah yang tidak ternilai dari ALLAH kepada manusia sejagat.

Bangsa Melayu merupakan Peribumi dan sebagai rakyat marhean di negara tanah ranah moyang ini (bangsa termiskin dalam negara sendiri) wajib menghentak ke otak pemimpin yang benak ini, payah sungguh untuk mereka memahami apa yang sebenarnya yang sedang berlaku, yang KITA SEBAGAI PERIBUMI kini sudah tidak rela lagi mereka menjadi pemimpin, mereka wajar turun jika mereka benar-benar masih ada jiwa kemanusiaan dan keagamaan.

Peribumi Melayu mesti memikirkan jalan terbaik membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan bangsa asing. Kita wajib tahu mengenai sejarah kerana ia menjadi sandaran paling terbaik dalam usahu untuk mendapat sesuatu.

Jangan kita seperti “melukut di tepi gantang” sedangkan gantang itu kita sendiri yang punya… dan pepatah; “kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kebuluran.”

SEMUA PERIBUMI MELAYU hendaklah diberi kesedaran ini, jika pemimpin tidak boleh bela nasib kita Melayu. Kita semua terpaksa ambil alih jadi pemimpin dan membela nasib bangsa kita dan anak cucu cicit kita.

Zaharah Sulaiman

Shah Alam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts