PENCEROBOH CINA KAWAL TANAH CEROBOH SEPERTI MILIK ‘BAPAK’ MEREKA

1.4k
SHARES
8.4k
VIEWS

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub Pahang atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah dan ia bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Rujuk pautan:

https://www.1media.my/2020/12/isu-tanah-durian-musang-king-raub.html

2. Namun, ramai terkejut apabila video tularan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), melalui hasil tinjauan mereka memaklumkan, mendapati setiap penjuru masuk sekitar kawasan tersebut dikawal ketat oleh kumpulan penceroboh. Notis perintah keluar serta keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 2020 amat jelas. Kesimpulannya; penceroboh tiada hak berada di kawasan yang menjadi kes dan mesti dikosongkan segera tetapi mendukacitakan mereka masih berkeliaran, dan kelihatannya seolah-olah aktiviti perkebunan durian Musang King berjalan seperti biasa. Walaupun ada rondaan PDRM di kawasan terbabit namun penceroboh tetap berdegil keluar masuk di kawasan tersebut.

Pautan rujukan: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/656385/tanah-haram-musang-king-di-raub-akan-dikosongkan

3. Difahamkan juga pernah suatu situasi tegang berlaku apabila pihak PDRM berdepan dengan penceroboh tegar ini yang cuba masuk ke kawasan terbabit. Dan berlaku perbalahan apabila penceroboh menuduh PDRM membuat sekatan atau roadblock padahal pihak berwajib hanya membuat rondaan di kawasan terbabit bukan sekatan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini. Tujuannya bagi mengelak daripada pencerobohan berlaku semula di sekitar kawasan terbabit.

Rujuk pautan:

https://www.malaysiakini.com/news/539947

4. Pandangan daripada beberapa peguam yang mewakili pertubuhan peguam bawah PEMBELA memberitahu bahawa pekebun yang menceroboh tanah tersebut sepatutnya dihukum di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 kerana menceroboh harta milik atau jika pencerobohan yang membabitkan hutan simpan boleh didakwa mengikut Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984.

Rujuk pautan:

https://www.sinarharian.com.my/article/99404/BERITA/Nasional/Penceroboh-di-Raub-Pembela-desak-PDRM-SPRM-ambil-tindakan

5. Melihat kepada tindakan kumpulan penceroboh yang keras berdegil melakukan sekatan sendiri dan berlagak bagai samseng berketurunan kongsi gelap, memberi reaksi negatif dan membimbangkan rakyat. Jika perlakuan ini tidak dikawal dan segera dilakukan sesuatu menanganinya, berkemungkinan perkara yang tidak diingini boleh berlaku tambah lagi isu tanah ini melibatkan wang jutaan ringgit. Kita tidak mahu ia berlarutan, sehingga mengheret penglibatan kumpulan samseng.

6. Isu pencerobohan tanah ini dikatakan sudah berlarutan selama 40 tahun menghairankan banyak pihak. Adakah kerana pihak kerajaan terlalu berlembut dengan penceroboh menyebabkan lama kelamaan mereka sudah tidak takut dengan undang-undang bahkan bukan hanya berani melanggar undang-undang tetapi mencabar dan menghalang pihak berwajib mengambil apa yang pada sangkaan sudah menjadi hak milik mereka.

7. Turut mengecewakan apabila tidak ada ahli politik Melayu Islam yang hadir bersama PEMBELA menyebelahi pihak kerajaan bangkit bersama-sama lantang menyuarakan bantahan dan bersungguh dalam mempertahankan isu tanah ini. Tanah berkenaan adalah milik kerajaan negeri Pahang dan tanah tersebut boleh dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu.

8. Namun, malangnya tanah tersebut telah diceroboh tanpa membayar sebarang cukai malah mereka sudah memungut hasil daripada pencerobohan tersebut. Di manakah suara ahli politik khususnya di Pahang untuk mempertahankan tanah yang sepatutnya dijaga sebaiknya?

9. Adakah hanya kerana penceroboh tersebut bukan Melayu, maka mulut politikus terkunci sampaikan tidak berani mempertahankan tanah negeri sendiri, atau kerana takut kehilangan sokongan pengundi, atau lebih jauh lagi, politikus terlibat sama dengan kartel ceroboh tanah ini?

10. Suka atau tidak, ahli politik harus jujur dalam memikul amanah terutamanya ADUN serta Ahli Parlimen di negeri Pahang. Jangan hanya kerana harta, pangkat dan kuasa, maka yang salah boleh dijadikan benar dan yang haram boleh dijadikan halal. Jangan khianati rakyat dengan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang bersalah. Ingat, yang memilih itu adalah rakyat.

11. Manakala kepada rakyat Pahang, lihatlah dan kenalilah calon ADUN ataupun Ahli Parlimen kawasan anda betul-betul. Jangan pilih calon yang umpama; harapkan pagar, pagar makan padi.

12. Diharapkan pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan yang lebih tegas dan jangan biarkan penceroboh haram tersebut bermaharajalela serta mencemarkan imej dan integriti pihak berkuasa. Sekiranya tiada tindakan tegas, maruah dan imej pihak berkuasa akan dipijak-pijak penceroboh haram tersebut. Tiada jalan lain lagi bagi menyelesaikan masalah rumit ini melainkan dengan perkenan Tuanku YDP Agong diadakan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Haji Rashidi Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts