Oleh Dr. Aznil Hisham
DS Najib hanya membuat beberapa cadangan, atau lebih tepatnya, meletakkan pilihan yang UMNO ada dalam senario semasa.
Namun terdapat reaksi dan emosi awal seperti orang mengalami histeria di kalangan sebahagian kecil penyokong UMNO. Tidak pasti apa agenda kumpulan ini.
DS Najib memikirkan kelangsungan UMNO dalam menghadapi krisis politik, ekonomi dan kesihatan yang berlaku pada masa yang sama.
Beberapa cadangan dikemukakan oleh beliau untuk dipertimbangkan. Namun, terdapat kumpulan kecil ini hanya memperbesarkan satu dari cadangan beliau. Lebih menyedihkan, cadangan itu diambil sebahagian dan dimanipulasi dengan cara yang amat jijik.
Cadangan bukanlah arahan. Malah ianya boleh ditolak jika tidak diterima secara ‘accumulative‘.
UMNO sepatutnya lebih dewasa apabila menerima pelbagai cadangan dari kalangan ahli mahupun pemimpin. Jangan terlalu cepat melatah. Percambahan buah fikiran seharusnya diterima dan diperhalusi.
Namun, kumpulan kecil ini memanipulasi kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara di dalam UMNO dengan cara yang penuh hina, demi sesuap jawatan.
Jelas bahawa cadangan DSN untuk bekerjasama dengan DSAI adalah dengan bersyarat dan hanya sementara sehingga GE15. Ianya sama sebagaimana cadangannya yang lain untuk bekerja dengan PN, dengan syarat rundingan baru dan juga hingga GE15.
Namun, tentu saja pengkritik dan penentangnya (beberapa di antaranya berada dalam lingkungan parti) yang merasa terancam dengan popularitinya.
Mereka memutarbelitkan dan mensensasikan kata-kata beliau untuk memperolehi memanfaatkan dalam keadaan panik di kalangan ahli – dalam usaha untuk merosakkan reputasinya.
DSN mendaki dan merangkak sejak kekalahan PRU-14. Beliau memikul beban tanggungjawab kekalahan BN seorang diri. Beliau juga pernah berkata, parti tidak perlu membantu beliau. Beliau sendiri akan membersihkan diri beliau. Dan beliau sendiri akan bantu parti untuk pulih.
Beliau memainkan peranan secara individu menghadapi musuh selama 22 bulan. Dan kita tidak boleh nafikan peranan beliau itu hingga dari satu PRK ke PRK yang lain, BN memperolehi kemenangan. Kemuncak adalah ketika PRK Tanjung Piai. Kekalahan yang memalukan PH amnya dan Bersatu khususnya.
Dengan lahirnya Muafakat Nasional, Bersatu melihat ia satu ancaman besar terhadap mereka. Dan akhirnya sebagaimana kita ketahui, mereka akhirnya mewujudkan kesinambungan hayat bersama BN dan PAS.
DSN berbesar hati menerima kumpulan Bersatu ini, walaupun ia amat pahit. Seorang yang berjiwa besar.
Hasilnya, beberapa individu dalam kumpulan kecil ini memperolehi jawatan dan kerusi empuk yang enak hasil jiwa besar DSN ini.
Ya, kerusi empuk dan cukup selesa untuk mereka. Kumpulan kecil ini tidak mahu lagi ancaman terhadap kerusi mereka lagi. Mereka yang sepatutnya berterima kasih kepada DSN, namun mereka memilih jalan ‘menggigit’ beliau.
Itulah resam manusia. Mereka hendakkan jalan selesa ke kemuncak dengan kesusahan orang lain. Bila berada di puncak, mereka memijak rakan yang membantu mereka hingga rakan itu jatuh dan kembali ke kaki gunung.
Benar, untuk menjadi orang berjaya di puncak hanya dengan 2 cara:
1. Belajar untuk bangkit dengan maruah diri dan usaha sendiri. Atau,
2. Menjatuhkan lawan dan kawan agar mereka dilihat sentiasa berada di atas.
Pilihan tetap ada. Terpulang kepada kita. Nasihat saya, berhati-hatilah dengan kumpulan kecil ini. Percayalah, mereka inilah yang akan menjatuhkan organisasi yang sedia ada.
Dan inilah senario yang sama pernah berlaku kepada UMNO sebelum PRU-14.
Berhati-hatilah…
Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;
https://www.facebook.com/100034446346678/posts/397369544754587/?d=n