KENAPAKAH PAKEJ BANTUAN KHUSUS MASIH TIDAK DISALURKAN KE SABAH?

582
SHARES
1.9k
VIEWS

Ini keadaan Covid-19 negara.

Sabah paling terjejas. Mencatat 927 kes baru semalam.

Setakat semalam, Sabah ada 7,164 daripada 9,744 kes aktif negara.

PKP di Sabah mula pada 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020. Lalu dilaksanakan untuk seluruh negeri.

Dilanjutkan lagi dua minggu ke 26 Oktober.

Dan dilanjutkan untuk kali kedua ke 9 November.

Melihat jumlah kes baru Sabah yang masih semakin naik, harapan ia tidak dilanjutkan untuk kali ketiga atau kali keempat adalah amat tipis.

Tepud dada tanya selera.

Pada situasi ini, adakah ia boleh diterima jika pakej bantuan khusus untuk Sabah yang menyuluruh masih tidak diumumkan dan dilancarkan kerajaan?

Adakah ia wajar bahawa warga Sabah hanya diberi bantuan bekalan makanan yang sukar atau lewat untuk dihantar kepada sebilangan kecil sahaja?

Adakah masuk akal bahawa cukai jualan petroleum RM2.9 bilion boleh dibayar kepada Sarawak yang situasi Covid-19 terkawal dan tidak satu kawasan di sana dikenakan PKP tetapi Petronas yang masih ada dana tidak membayar sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada Sabah untuk bantuan segera demi menyelamatkan Sabah?

Jika warga Sabah kecewa dan marah, Najib 10 kali ganda lebih kecewa, marah dan sedih.

Ada masa untuk catur langkah tuntut darurat tetapi tidak ada masa untuk rangka pelan bantuan Sabah.

Kerajaan pusat dan Sabah tunggu apa lagi?

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts