PKPB BERHASIL, R.O MENURUN KEPADA 1.2 – NOOR HISHAM

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Alhamdulillah, kadar kebolehjangkitan atau R.O negara telah menurun daripada 2.2 kepada 1.2 hari ini. Namun statistik harian menunjukkan kes terkini masih tinggi iaitu sebanyak 835 kes dan kadar sembuh harian pula ialah sebanyak 674. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar R.O menurun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membuahkan hasil memuaskan.

Sungguhpun begitu, menurut Hisham, ia masih belum memadai kerana jika ingin melandaikan keluk jangkitan maka ia perlu diturunkan sehingga kadar 0.3. 

Pada mulanya kadar pada 2.2, minggu lepas kita berjaya turunkan kepada 1.5 dan hari ini 1.2, tetapi ia belum memadai.” 

Kita masih perlu turunkannya kepada bawah satu. Jika boleh, 0.3 kerana jika kita dapat lakukannya, kita dapat landaikan keluk (jangkitan).

Sehingga berita ditulis, terdapat beberapa kawasan yang dikenakan PKPB, iaitu Sabah, Lembah Klang serta Nilai, Negeri Sembilan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts