HARGA BARANG AKAN TERUS NAIK DENGAN SST

131
SHARES
422
VIEWS

“Sewaktu GST dilaksanakan, enam peratus cukai dikenakan kepada pelanggan dan menjadikan harganya lebih tinggi, sekarang harga sudah diturunkan tetapi apabila adanya SST harga jualan akan kembali seperti dahulu.”

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (MIMCOIN), Datuk Syed Jamarulkhan S. Kadir, selepas cukai barang dan perkhid­matan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu, pengusaha restoran India Muslim telah menurunkan harga jualan di premis mereka.

Beliau turut menerangkan pengguna perlu memahami sebab kenaikan harga jualan dan tidak menyalahkan peniaga sepenuhnya kerana peningkatan itu berlaku juga disebabkan oleh keputusan kerajaan.

“Jika kerajaan benarkan tarif elektrik dinaikkan dan laksanakan SST, tetapi dalam masa yang sama mahu harga jualan diturunkan nanti siapa yang terpaksa menanggung kos (kenaikan) tersebut?”

Seperti kita sedia maklum, harga jualan setiap barangan termasuk makanan dan minuman sentiasa meningkat kerana sikap tamak peniaga yang mengambil kesempatan melalui kenaikan tarif elektrik dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan 1 September depan, sama seperti sebelum ini mereka menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barang sepanjang masa.

Kerajaan sewajarnya memantau perkara ini dari awal dan mencari jalan untuk mengurangkan bebanan rakyat dengan memastikan kenaikan harga barangan mampu dikawal.

Ini kerana mengurangkan kos sara hidup rakyat juga termaktub dalam janji-janji manifesto Pakatan Harapan dan pihak kerajaan jangan sentiasa beralasan kerana hanya berdolak-dalih dan beralasan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts