KERAJAAN TIDAK TELUS MENGENAI KOS HSR

343
SHARES
2k
VIEWS

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kecewa dengan jawapan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Mohd. Ali terhadap soalan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan beliau sendiri, berkenaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

Beliau berkata, adalah mengecewakan apabila menerima jawapan dari kerajaan Pakatan Harapan terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion yang jauh lebih tinggi berbanding anggaran RM55 bilion dan RM70 bilion yang sudah diunjurkan kerajaan BN dan kerajaan Singapura sebelum ini.

Datuk Seri Azmin hanya mampu menjawab bahawa kos RM110 bilion adalah anggaran kerajaan dan ia termasuk kos tersembunyi yang tidak dihuraikan oleh beliau dengan lebih lanjut sedangkan tender yang akan diputuskan oleh kedua-dua negara masih belum ditutup.

Tarikh akhir tender tersebut adalah pada 28 Disember 2018, di mana kos belum dimuktamadkan dan pakej pembiayaan masih belum diketahui oleh kedua-dua negara.

Selain daripada Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Salahuddin Ayub yang tersalah memberi fakta dalam berhubung penurunan harga bahan makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyalahkan peniaga tamak kemudiannya membuat kenyataan berbeza menyalahkan pentadbiran kerajaan lama, kini giliran Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula membuat kenyataan bercanggah mengenai kos sebenar HSR, sama seperti kos pembinaan LRT3 yang tiba-tiba meningkat dari 9 bilion ringgit kepada 16.6 bilion ringgit.

Kita mengharapkan kerajaan baharu lebih telus berbanding kerajaan Barisan Nasional namun kini apa yang dapat dilihat kerajaan baharu hanya berdolak-dalik mengenai sesuatu kos dan hanya menyalahkan kerajaan terdahulu tanpa memberi sebarang fakta yang kukuh.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts