ANWAR TIDAK PERLU BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN

97
SHARES
307
VIEWS

Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh ikonik negara dalam memperjuangkan keadilan buat semua sejak dipecat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Selepas itu lanskap politik negara berubah sama sekali dan demonstrasi jalanan menjadi biasa bagi warga kota. Rakan-rakan beliau ketika itu ada yang menjauhi dan ada juga yang memberi sokongan sehingga kini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga wujud kerana beliau. Seperti kata-kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang kini menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, beliau mengumpamakan Datuk Seri Anwar sebagai sebuah ‘institusi’.

Selepas 20 tahun, perjuangan beliau untuk membebaskan negara daripada belenggu kekuasaan kerajaan Barisan Nasional yang sejak sekian lama memerintah akhirnya tercapai.

Pemerhati politik melihat, momentum perjuangan beliau sejak 1998 adalah faktor utama Pakatan Harapan memenangi PRU-14 dan bukannya faktor Tun Mahathir yang disucikan apabila menyertai blok pembangkang di mana tanpa beliau juga Pakatan Harapan akan tetap memenangi PRU-14.

Telah menjadi satu trend anak muda untuk mengundi Pakatan Harapan yang terlihat lebih muda dan segar berbanding Barisan Nasional yang kelihatan tua atau ‘old school’.

Namun di sebalik pengorbanan Datuk Seri Anwar, beliau akhirnya terpaksa bertanding sebagai Presiden PKR di mana sewajarnya beliau terus dilantik sebagai Presiden tanpa bertanding. Ini bukan amalan membelakangkan demokrasi namun demi menghormati beliau dan pengorbanan seluruh ahli keluarganya sejak 1998.

“Setelah berbincang dengan Azizah, Timbalan Presiden dan barisan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi ke­langsungan PKR, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bersama jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presi­den PKR.”

PKR tidak wajar membiarkan beliau bertanding kerana ini hanya akan menimbulkan konflik kepimpinan sekiranya ada yang mencabar beliau merebut jawatan Presiden melainkan semuanya memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun diyakini beliau akan menang dengan mudah namun jasa beliau wajar dihargai dan dihormati kerana demi mewujudkan sebuah negara baharu yang bebas rasuah dan kleptokrasi, beliau rela dipenjara, dihina dan dipisahkan daripada keluarga.

Tidak seperti pemimpin lain yang rela mengorbankan prinsip dan pegangan politik selama ini kerana takut  dirinya disiasat, dipenjara, dihina dan dipisahkan dari keluarga di atas salahlaku dan skandal yang cuba ditutupnya selama ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts