ZAHID TEMPELAK SALAHUDDIN

348
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Salahuddin Ayub mengakui kesilapan beliau menjawab secara spontan sebelum ini yang mendakwa harga barangan makanan turun di antara 30 ke 50 peratus disebabkan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kenyataan beliau pada Jumaat lalu berhubung penurunan harga bahan makanan antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan telah mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk netizen.

Selain itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyelar kelemahan tersebut dengan berkata:

“Kita maafkan orang yang duduk di kerusi baru, untuk membuat kesilapan, selepas 100 hari kalau buat kesilapan lain, kita lakukan apa yang patut, sekarang kita maafkan walaupun itu memang kelemahan.”

Sewajarnya seorang Menteri walaupun baharu sahaja dilantik, tidak memberi jawapan secara melulu tanpa menyemak fakta terlebih dahulu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan di masa hadapan.

Sekiranya semasa menjadi pembangkang, sebarang tohmahan, kecaman ataupun persoalan boleh diajukan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu kerana sudah menjadi tanggungjawab untuk kerajaan memberikan jawapan berlandaskan fakta tepat dan bukannya berasaskan andaian ataupun maklumat awam yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts