SYED ALI: SIAPA DAPAT TANAH DI JOHOR?

511
SHARES
3k
VIEWS

Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Dr. Syed Ali Al-Attas tidak bersetuju dengan pandangan bahawa dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menindas Melayu, senada dengan Naib Presiden DPMM, Datuk Fauzi Hassan.

Beliau juga mendakwa pihak yang menindas kaum Melayu adalah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Barisan Nasional.

“Di Johor, siapa yang dapat tanah? Projek pasang papan tanda, siapa dapat? Seorang Melayu pun tak dapat dan jangan haraplah, kena marah pula lagi ada. Ahli saya, orang Melayu datang ke majlis perbandaran kena marah, bukan kata nak beri tender kena galah pula lagi. Siapa yang dapat?”

Beliau mempertikaikan mengenai nasib peniaga Melayu di Johor walaupun Menteri Besar sebelum ini juga membantu peniaga-peniaga Melayu termasuk di Pusat Latihan TVET di Kulai atau lebih dikenali sebagai Skills Johor di mana pemilikan tanah, pembinaan pusat latihan dan juga mengelola pusat TVET tersebut diberikan kepada seorang individu Melayu. Walaupun kelihatan monopoli tetapi sekurang-kurangnya masih ada peniaga Melayu diberikan peluang dan tanggungjawab tersebut.

Pandangan dan keberanian sebegini wajar diraikan dalam negara ini yang menuju pembaharuan di bawah kerajaan Pakatan Harapan agar demokrasi dapat diamalkan sepenuhnya. Sebelum ini Datuk Syed Ali yang juga Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) didapati lantang menyelar kerajaan berkaitan dengan pelbagai perkara.

Masyarakat mengharapkan tokoh-tokoh sebegini juga dapat bersama melahirkan pandangan kritis terhadap kerajaan baharu apabila kerajaan Pakatan Harapan kelak didapati mengabaikan ahli perniagaan Melayu atau tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam dan Perlembagaan yang selama ini mampu dipertahankan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts