MASZLEE KELUAR PEJUANG, ALASAN RAKYAT MUAK PERCATURAN KUASA ‘POLITIKUS ELIT’

460
SHARES
1.5k
VIEWS

Bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Bin Malik tiba-tiba mengisytiharkan dirinya menarik diri daripada parti Pejuang dan kini beliau sah sebagai Ahli Parlimen Bebas, melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook-nya.

Rujuk pautan; https://www.facebook.com/151709604900321/posts/5011790185558881/

Beliau menjelaskan kedudukan tersebut bagi menjawab persoalan banyak pihak kenapa namanya tiada dalam kenyataan media terkini parti Pejuang.

Saya, Dr Maszlee Bin Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang.”

Beliau juga akan menumpukan usaha menangani pandemik Covid-19 bagi Parlimen Simpang Renggam yang diwakilinya serta gerakan perubahan pendidikan atas kapasiti Ahli Parlimen Bebas, bersama rangkaian NGO dan rakan-rakan aktivis lain.

Keputusan beliau dibuat berdasarkan kajian lapangan dan tinjauan terperinci dalam kalangan rakyat di mana menurutnya rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa politikus elit.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts