KENAPA TAKUT KEPADA NAJIB?

3.6k
SHARES
21.4k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Lim Kit Siang ‘terkejut beruk’ apabila Najib dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC).

Menurutnya pelantikan Najib itu mengejutkan dan memalukan Parlimen. Dia minta Parlimen tidak mengiktiraf pelantikan Najib. Rasuah Lim Guan Eng dia tidak malu pula.

Tun Mahathir pasti akan menyokong Kit Siang. Malangnya PEJUANG belum lulus tetapi dua orang Ahli Parlimennya iaitu Maszlee dan Syed Saddiq telah cabut lari. Esok lusa Dr Shahruddin Seri Gading dan Dato Amiruddin Kubang Pasupun cabut sama.

Takut betul mereka kepada Najib. Bukannya Najib jadi Perdana Menteri, Pengerusi BN atau Presiden UMNO.

Takut apa? Najib cuma ketua kepada 23 Ahli Parlimen backbenchers sahaja

Sebenarnya mereka bimbang BNBBC akan lebih menonjol dan kredibiliti Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional naik sebagaimana popularnya platform ‘Bossku’ kepada rakyat. Mereka pula akan tenggelam.

Semoga Perdana Menteri tidak terikut-ikut dengan perangai takut Lim Kit Siang dan Tun Mahathir. Kalau ada ‘kejujuran politik’ takut apa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts