UMANY PERSOAL KEDAULATAN PERLEMBAGAAN WAJAR DIAMBIL TINDAKAN

403
SHARES
2.4k
VIEWS

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam hormat buat semua.

GPMS Cawangan Khas mempertikai tindakan demi tindakan yang telah dilakukan oleh UMANY sejak kebelakangan ini dan melihat bahawa UMANY semakin biadab dan melampau. Tindakan biadab yang dilakukan oleh UMANY bukan sahaja mampu mencemarkan imej mahasiswa malahan juga turut mencabar ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

GPMS Cawangan Khas menuntut tindakan yang lebih keras diambil agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Segala perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya berhubung kedudukan Yang Dipertuan Agung dan hak-hak keistimewaan orang Melayu perlu dihormati secara kolektif. Sebarang usaha untuk mencabar perkara-perkara sensitif didalam perlembagaan perlu lah dihentikan.

GPMS Cawangan Khas mendesak semua pihak berkaitan untuk mengambil tindakan tegas seperti berikut:

1. Naib Canselor Universiti Malaya, perlu menggunakan kuasa dan budi bicaranya untuk membatalkan pendaftaran UMANY dan mengharamkan penubuhannya sekiranya ia berdaftar secara sah di bawah pentadbiran Universiti Malaya;

2. Bahagian Hal Ehwal Pelajar perlu mengemukakan keterangan mengenai aktiviti dan gerak kerja mereka sekiranya mereka didapati sememangnya menganjurkan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;

3. GPMS Cawangan Khas juga menuntut saudara Haziq Ishak, selaku Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) untuk mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab terhadap tindakan UMANY yang berselindung sebagai sebuah persatuan mahasiswa di bawah KMUM. Satu kenyataann rasmi perlu dibuat untuk memberi penjelasan kepada masyarakat umum berkenaan motif UMANY mengeluarkan kenyataan mencabar kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

GPMS Cawangan Khas percaya dan berpegang teguh dengan prinsip kebebasan bersuara di Malaysia. Namun, kebebasan yang diberikan tidak harus dijadikan sebagai tiket atau kuda tunggangan untuk mencabar ketertinggian Perlembagaan. Tindakan mempertikai peranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mahupun tindakan mengangkat plakad tanda bantahan semasa majlis konvokesyen sedang dijalankan dengan penuh tertib dan etika adalah tindakan biadab. GPMS Cawangan Khas menyeru supaya kita sama-sama menghentikan tindakan biadab ini demi menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta

Ahmad Naim Bin Mohamed Salleh

YDP GPMS USM

Jurucakap Cawangan Khas 

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
Cawangan Khas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts