PANDANGAN KU LI MENGENAI SOKONGAN UMNO TERHADAP PERIKATAN NASIONAL

256
SHARES
825
VIEWS

Dalam sebuah program bual bicara Insight Talk oleh The Malaysian Insight semalam, Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ditanya mengenai pelbagai perkara yang berkisar mengenai “perebutan kuasa Putrajaya” – yang dilihat seperti tiada kesudahan. 

1. Mengenai perebutan kuasa Putrajaya

Ku Li yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO memberikan pandangan bahawa dalam politik, perebutan ini adalah mengenai mereka yang bercita-cita tinggi dan besar.

Jadi apa sahaja yang dibuat sebagai larangan atau nasihat, mereka tetap akan ke depan juga kerana itulah perjuangannya.”

Jadi ia bertembung, jika ada ‘the opposite force’, jadi tidak boleh tidak perebutan itu akan tetap berlaku. Ia bukanlah bererti mereka akan berperang, tetapi mengedepankan cadangan-cadangan dan idea kepada rakyat yang boleh atau cuba dipengaruhi oleh mereka.”

Perlawanan (pertembungan) ini akan terus berlaku selagi ada demokrasi dan tidak ada formula (untuk mengatasinya).”

2. Mengenai kenyataan sesetengah pemimpin UMNO

Ku Li juga menyatakan kehairanan dengan beberapa perkara yang diputuskan oleh sesetengah pemimpin UMNO kerana UMNO sendiri sudah memutuskan tidak akan mengemukakan calon untuk menjadi Perdana Menteri demi memberi laluan kepada pilihan raya. 

Saya cakap terus terang, saya sendiripun harian, saya sendiripun tidak boleh terima perkara yang diputus oleh sesetengah pihak (pemimpin UMNO) kerana kita sudah putus tidak akan mengemukakan calon Perdana Menteri ketika orang sibuk berkempen hendak kepada kuasa menerusi pencalonan seseorang yang hendak menjadi Perdana Menteri.”

“Tetapi kita tidak, kerana kita berharap Tuanku Yang DiPertuan Agong, Raja-Raja Melayu akan bersetuju akan dibubarkan Parlimen. Kita harap rakyat akan diberikan mandat baru pada akhir Februari atau Mac dahulu.” 

3. Sokongan terhadap Perikatan Nasional atas dasar patuh kepada YDP Agong dan Raja-raja Melayu 

Menurut Ku Li sokongan diberi kepada Perikatan Nasional demi kepatuhan kepada YDP Agong dan Raja-raja Melayu yang bersetuju untuk tidak diadakan pilihan raya demi keselamatan dan kebaikan negara.

Oleh kerana Raja-raja Melayu bersetuju demi keselamatan dan kebaikan negara, untuk tidak diadakan pilihan raya maka UMNO patuh.”

4. Sokongan UMNO terhadap Perikatan Nasional juga bagi meredakan krisis

Menurut beliau UMNO sebagai parti yang terbesar tidak bersetuju memberi sokongan kepada Perikatan Nasional kerana UMNO mahu mandat dipulangkan kembali kepada rakyat agar kerajaan yang baru dipilih dapat meredakan ketidakstabilan politik dan juga pemerintahan, walaupun banyak pihak yang tidak bersetuju.

Kita beri sokongan juga kerana ini meredakan krisis politik setelah Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Okaylah, dan kita harap akan terjalin kerjasama yang baik walaupun ramai di antara kita tidak bersetuju.”

Beliau sendiri tidak bersetuju malah bagi beliau nama Perikatan Nasional itu sendiri mengelirukan.

Namapun (Perikatan Nasional) saya tidak mahu sebut kerana bagi saya nama itu nama yang ‘dicuri-curi’, yang dipinjam dari Perikatan dahulu.

5. Mengenai ‘pengkhianat’ UMNO dalam Perikatan Nasional 

Ku Li turut menyuarakan pandangan banyak pihak dalam UMNO yang tidak bersetuju kerana ramai Ahli Parlimen yang melompat masuk Bersatu setelah tumbangnya Barisan Nasional, yang sukar dimaafkan. 

Banyak orang (Ahli Parlimen) yang memihak kepada Muhyiddin adalah terdiri daripada mereka yang pengkhianat. Orang yang lari daripada kita, yang ada kes-kes, yang kita rasa tak boleh dimaaf. Mereka ini berada dengan Muhyiddin dan kita rasa kita tidak sepatutnya berada dalam ‘perkongsian’ ini walaupun untuk berkuasa di negara ini.”

Kita rasa tidak patut langsung kita bagi sokongan, tetapi apakan daya, kita ingin melihat keadaan baik. Apatah lagi kita menghadapi Covid-19. Jadi itulah yang diputus oleh kita (UMNO).

6. Mengenai pandangan beliau yang tidak bersetuju dengan kerajaan Perikatan Nasional

Bagi Ku Li, UMNO sebagai sebuah parti yang memiliki pengalaman dan pengaruh yang luas sepatutnya diberikan peranan bagi membantu pentadbiran negara melalui portfolio yang penting.

Saya sekarang ini tidak bersetuju dengan kerajaan ini. Saya rasa kalau hendak tubuh kerajaan walaupun orang lain yang memimpin, tetapi bahagian untuk kita mentadbir negara ini mestilah portfolio-portfolio yang penting kerana kita mempunyai pengaruh yang luas dan kita boleh menjamin kestabilan wujud. Ini kerana kita mempunyai pengalaman yang banyak.”

7. Mengenai “Langkah Sheraton”

Ku Li juga secara terbuka berkata bahawa tidak stabilnya kerajaan pada hari ini adalah kerana Langkah Sheraton yang dilakukan.

Kerajaan yang terbentuk melalui langkah tersebut tidak teratur dan tidak mendapat ‘blessing‘ daripada sesiapapun.

Malah Ku Li turut berkata sinis bahawa beberapa strategi ‘langkah’ sebelum ini bagi menukar kerajaan atau pemimpin seperti Langkah Sheraton dan Langkah Kajang hanyalah sebagai ‘karut’.

8. Mengenai agihan kerusi pada PRU-15 kelak

Ku Li berpandangan sokongan atau kerjasama UMNO dan Perikatan Nasional ketika ini perlu dinilai semula.

Beliau turut bertegas mengenai agihan kerusi pada PRU-15 bahawa kerusi UMNO adalah kekal milik UMNO hatta di Pagoh dan Langkawi sekalipun.

Mana kerusi kita dahulu, kita kekal, tiada hendak runding-runding lagi. Apa hendak dirunding, kerusi kita. Sebab saya pernah berkata dalam parti, kerusi Pagoh kerusi kita, kerusi Langkawi kerusi kita, itu bukan sesiapa punya. Bukan kerusi itu baru wujud, baru menjelma tetapi kerana kesilapan kempen dahulu kita kalah. Tetapi kali ini cubalah.

Kita yakin kita boleh menang, dengan strategi yang betul, dengan langkah-langkah yang kita rasa boleh menarik balik orang ramai kepada kita. Saya rasa kita boleh menang kerana kita tidak pernah kalah.”

Ikuti wawancara penuh berikut di pautan;

https://www.facebook.com/themalaysianinsight/videos/368760090859316/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts