Sehingga kini JASA baharu yang mula beroperasi sejak APRIL yang lalu masih belum memberi sebarang maklum balas malah mereka juga tidak mempertahankan Belanjawan 2021 Kerajaan PN.
Apa fungsi mereka bekerja sejak APRIL 2020 yang lalu?
8 bulan berlalu tetapi tidak mampu untuk menepis berita palsu, tidak mampu untuk menyebarkan dasar dan polisi kerajaan, tidak mampu mempertahankan keputusan kerajaan berkenaan beberapa perkara yang menjadi kontroversi seperi isu pengeluaran KWSP one-off RM10,000, isu Uztaz Ebit Liew membuat kebajikan lebih daripada apa yang kerajaan lakukan, serta pelbagai isu lain yang melanda negara.
Sekiranya tidak mampu, maka bekas pegawai JASA yang telah terlatih sekian lama untuk membantu menyebarkan maklumat dasar dan polisi kerajaan, membidas berita palsu serta mampu memberi persepsi yang betul dan tepat kepada masyarakat sedia untuk digerakkan dan dimanfaatkan.
Tiada gunanya untuk tunggu lebih lama sehingga kerosakan melampau akibat persepsi yang tidak diurus dengan baik.
Bertindaklah sekarang!
Dipetik dari laman Facebook “Info Berita JASA” di pautan;
https://www.facebook.com/1860151924211393/posts/3112105045682735/