BALANCED MALAYSIA ADALAH MIDDLE MALAYSIA OLEH DAP

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi
22.7.2018

Adakah rakyat Malaysia berpuas hati dengan Malaysia Baru yang dislogankan oleh Kerajaan Pakatan Harapan? Ada yang mengatakan masyarakat Cinalah yang paling berpuas hati dengan kerajaan hari ini kerana wujud apa yang dikatakan sebagai “Balanced Malaysia“.

Apa dia Balanced Malaysia? Ada yang mendakwa apabila Peguam Negara bukan Melayu, Ketua Hakim Negara bukan Melayu dan Menteri Kewangan bukan Melayu maka itu dikatakan Balanced Malaysia. Bahkan ada juga berpendapat sejak terbentuknya Malaysia, maka inilah kali pertama wujudnya Balanced Malaysia terutama apabila ramai daripada pemimpin DAP terlantik dalam anggota Kabinet baru.

Kini timbul pula isu Timbalan Menteri KKLW, YB Sivarasa telah diberi peranan untuk menjaga hal ehwal MARA. Apakah ini satu lagi Balanced Malaysia yang tercapai? MARA yang diwujudkan pada tahun 1966 bertujuan untuk meningkatkan penyertaan kaum Bumiputra dalam pelbagai bidang sesuai dengan Dasar Ekonomi Baru.

Dengan kata lain matlamatnya ialah untuk menyamaratakan padang permainan. Tetapi kenapa Sivarasa yang diberi tugas menjaga MARA?

Apakah padang permainan sudah dapat disamaratakan? Apa yang dibimbangkan ialah Balanced Malaysia akan menenggelami isu yang lebih utama iaitu “Level playing field” yang masih belum samarata. Kerajaan PH nampaknya lebih selesa dengan dasar Balanced Malaysia kerana selagi DAP dan orang Cina suka maka lagi mudah pada Kerajaan PH untuk mempertahankan kuasa.

Cabaran besar daripada slogan Balanced Malaysia ialah sesiapa sahaja yang memperjuangkan Agenda Melayu, Dasar Pelajaran Kebangsaan, menyamaratakan level playing field, mempertahankan kedaulatan Islam akan dituduh sebagai rasis dan perkauman.

Balanced Malaysia nampaknya mengenepikan soal “merit”. Sebab itu Lim Guan Eng walaupun sudah didakwa di Mahkamah atas isu rasuah tetap dilantik sebagai Menteri Kewangan demi Balanced Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts