ALIF SATAR POSITIF COVID-19

136
SHARES
439
VIEWS

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang turut membuat persembahan pada separuh akhir Anugerah Muzik Muzik ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada Jumaat lepas, disahkan positif Covid-19.

Selain beliau, ibu bapa, adik dan pegawai peribadi yang menjadi kontak rapatnya sebelum ini turut dijangkiti. Perkara tersebut disahkan oleh pengurus Alif, Adlina.

Selain itu, Adlina juga memaklumkan isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya telah menjalani saringan dan masih menunggu keputusan.

Alif menzahirkan perasaan terkejut dan dukacitanya serta meminta maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

“Dalam kesibukan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19.”

“Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.”

Alif turut melahirkan perasaan gusarnya mengenai ahli keluarga, rakan-rakan yang terlibat di set penggambaran anugerah tersebut serta kontak rapat yang ada bertemu dengannya.

“Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya.”

Alif turut memanjatkan doa agar semua yang terlibat diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT serta terhindar daripada sebarang kemudaratan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts