MENJAWAB PENJELASAN MENTERI KKMM MENGENAI PENJENAMAAN SEMULA JASA KEPADA J-COM

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Menjawab Penggulungan YB Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) YB Dato’ Saifuddin Abdullah di Parlimen mengenai penjenamaan semula JASA kepada J-Kom.

1. Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh YB Senator Menteri Kewangan merujuk kepada sebuah Jabatan yang diberi nama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang mana telah disusun strukturnya sekian lama mempunyai anggaran penjawatan seramai lebih 1,000 orang di Ibu Pejabat, Pejabat Negeri, 222 Parlimen dan 587 DUN.

2. Jabatan ini juga mempunyai fungsi yang juga telah dikenalpasti dan dipersetujui serta dizahirkan di dalam beberapa dokumen di peringkat Kementerian tersebut dan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3. Kedua-dua perkara ini iaitu penjawatan dan fungsi telah dikaji dan diteliti oleh pegawai di Kementerian untuk ditentukan berapakan perbelanjaan yang diperlukan bagi satu tempoh perkhidmatan iaitu satu tahun dan kemudian dihantar permohonan perbelanjaan tersebut kepada Kementerian Kewangan untuk diluluskan melalui sidang Parlimen.

4. Kementerian Kewangan melalui Menterinya telah membentangkan cadangan perbelanjaan tahunan kerajaan pada tahun hadapannya untuk mendapat kelulusan majoriti ahli parlimen supaya peruntukan tersebut boleh disalurkan kepada kementerian dan jabatan untuk membayar gaji kakitangan dan menjalankan fungsi.

5. Itulah tertibnya sistem kewangan di negara kita ini yang ditadbir melalui undang-undang dan pekeliling kerajaan.

6. Namun begitu, setelah ia dibentang oleh YB Senator Menteri Kewangan, YB Menteri KKMM memilih untuk tukar peruntukan sebuah jabatan yang memerlukan peruntukan RM85.5 juta setahun kepada sebuah jabatan lain dengan fungsi dan penjawatan yang berbeza tetapi dengan nilai peruntukan yang tidak diumumkan. Hanya dimaklumkan berkurangan sahaja daripada nilai RM85.5 juta tersebut.

7. Bermula dengan sebuah jabatan yang memerlukan penjawatan lebih daripada 1,000 orang kakitangan yang berkhidmat untuk 222 Parlimen dan 587 DUN kini hanya mempunyai seorang pegawai di satu daerah sahaja dengan jumlah keseluruhan tidak lebih daripada 200 daerah di seluruh negara.

8. Dalam tempoh kurang daripada 20 hari daripada tarikh pembentangan bajet, YB Menteri KKMM boleh mencadangkan penjenamaan semula sebuah jabatan dengan penjawatan baru dan fungsi baru yang mana sebelum ini memerlukan masa berbulan-bulan untuk menentukan perkara yang sama.

9. Sekiranya Belanjawan ini diluluskan maka berapakan peruntukan yang perlu disalurkan kepada Jabatan ini? Adakah masih RM85.5 juta atau suatu angka yang belum terfikir lagi? Dan adakah peruntukan ini akan disalurkan kepada jabatan yang dinamakan Jabatan Hal Ehwal Khas atau J-Kom? Sebuah jabatan yang tidak dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan tempoh hari.

10. Ketua Setiausaha Kementerian sudah tentu telah menasihatkan YB Menteri atas perkara ini ataupun beliau yang baru sahaja ditukarkan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan sehari sebelum pembentangan belanjawan tidak tahu menahu tentang perkara ini?

11. Dapatkan dahulu nasihat mengenai tatacara kelola mengenai hal ini daripada KSU terlebih dahulu.

12. Satu perkara tambahan, YB Menteri turut memberi jaminan bahawa Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik bukanlah terdiri daripada ahli politik tetapi pentadbir dan golongan profesional.

13. Jika begitu, mengapa tunggu tempoh yang begitu lama iaitu bermula daripada April 2020 sehingga kini belum ada Ketua Pengarah yang dilantik? Adakah terlalu sukar  untuk mencari seorang pentadbir dan golongan profesional untuk menjawat jawatan Ketua Pengarah jabatan ini? Bukankah ini menggambarkan terdapat suatu permainan politik yang dahsyat sehinggakan seorang Ketua Pengarah untuk jabatan yang kecil seperti ini pun tidak mampu dipilih!

15. Apakah yang YB Menteri cuba buktikan sekarang ini?

Oleh bekas pegawai JASA

Dipetik dari laman Facebook “Info Berita JASA” di pautan;

https://www.facebook.com/1860151924211393/posts/3119560711603835/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts