BILA RAMASAMY AKAN DISIASAT?

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Sekiranya anda pulang daripada Syria atau Iraq akan akan terus ditangkap di lapangan terbang sebaik sahaja kapalterbang anda mendarat. Anda ditangkap untuk disiasat mengenai penglibatan anda bersama militan Daesh, dahulu dikenali sebagai ISIS atau IS.

Apatah lagi jika anda menyertai ‘ritual‘ Daesh seperti mengangkat tangan atau menunjukkan isyarat ‘bagus’ di bendera hitam putih mereka.

Anda dikira melakukan kesalahan dalam peruntukan perundangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) sekiranya anda selaku rakyat Malaysia mempamerkan simpati atau soko­ngan terhadap kumpulan pengganas seperti Daesh, Abu Sayaff ataupun sebarang pertubuhan pengganas lain.

Sebaliknya jika anda menyertai mesyuarat bersama militan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) iaitu pertubuhan militan di Sri Lanka, anda masih boleh menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan negeri walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sendiri mentakrifkan LTTE sebagai pengganas.

LTTE malah diharamkan kewujudannya di 32 buah negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada yang membawa maksud sebarang sokongan dan simpati terhadap kumpulan ini menyalahi perundangan negara berkenaan.

Persoalannya kenapa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil masa yang lama untuk menyiasat dan menangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang dikaitkan dengan LTTE ini sejak sekian lama?

Walaupun Dr. Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Perai serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memberi jaminan bekerjasama dan menyerahkan kepada PDRM menjalankan siasatan ekoran beberapa laporan polis telah dibuat terhadap beliau namun dalam kes LTTE ini kelihatan PDRM tidak setangkas bertindak seperti mereka menangani isu Daesh.

Kita mengharapkan akan ada sidang media dibuat oleh PDRM dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan perkaitan Dr. Ramasamy dan LTTE kerana undang-undang tidak mengenal siapa dan apa parti mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts