TIDAK PERLU RIAK, MOHD. ZAWAWI

486
SHARES
1.6k
VIEWS

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini memperlihatkan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, calon PKR Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas iaitu K. Murthy.

PH meletakkan calon muka baharu, Mohd Zawawi yang merupakan Setiausaha Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat yang juga pengetua tahfiz manakala BN pula mengemukakan calon mereka Datuk Lokman Noor Adam yang lantang mengkritik PH melalui NGO Pemantau Malaysia Baharu.

PRK kali ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi menganalisa kepuasan rakyat Selangor khususnya di Sungai Kandis mengenai kerajaan Pakatan Harapan yang berusia kurang daripada tiga bulan walaupun dijangka PH akan menang dengan mudah kerana penyandang sebelum ini menang dengan jurang yang agak besar iaitu lebih 12,000 undi serta faktor penolakan Barisan Nasional yang masih kuat di kalangan penyokong PH.

Mungkin disebabkan faktor di atas, Mohd. Zawawi kelihatan terlebih yakin dan sedikit riak dengan kekuatan yang dimiliki oleh PH selaku kerajaan ketika ini dengan memperlekehkan calon yang menentangnya apabila mengatakan calon daripada parti pembangkang iaitu Datuk Lokman Noor Adam tidak mempunyai apa-apa kuasa di peringkat negeri ataupun Pusat dan tidak akan mendapatkan pembelaan sewajarnya.

“Berbeza dengan saya, semua isu dan permasalahan di Sungai Kandis akan saya bawa terus kepada kepemimpinan kerajaan negeri dan Pusat yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan.”

Adakah beliau tidak perasan bahawa sebelum ini kerajaan Barisan Nasional yang menerajui negara selama 61 tahun juga tumbang sedangkan semua pemimpin mereka ketika itu juga berupaya membawa semua isu dan permasalahan terus kepada pemimpin mereka?

Mungkin juga beliau satu-satunya calon PH yang bertanding yang berbangga-bangga dengan kekuatan selaku kerajaan dan bukannya dengan memperjuangkan manifesto ataupun janji-janji pilihanraya seperti biasa dilakukan oleh calon PH yang lain.

Semoga rakyat bijak menilai dalam memilih siapa pemimpin mereka walaupun kelihatan lemah kerana tidak mempunyai dana atau peruntukan seperti calon kerajaan yang tentunya hebat dan mempunyai sokongan yang mencukupi.

Sekiranya PRK Sungai Kandis dimenangi oleh Mohd. Zawawi, kita mengharapkan beliau mengotakan janji-janjinya kepada pengundi di kawasan beliau dan sekiranya Datuk Lokman yang menang, kita mengharapkan beliau mampu membuat yang terbaik buat pengundi di sana walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, seperti yang diperlekehkan oleh Mohd. Zawawi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts