PERAK MEMULAKAN POLITIK NORMA BARU

367
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Adakah yang berlaku di Perak pembuka jalan kepada “politik norma baru” di Malaysia?

Sokong menyokong tidak lagi rigid. Tidak lagi berasaskan gabungan politik. Kerjasama boleh berlaku dengan sesiapa seperti di Perak.

Nampak pelik PKR dan DAP sokong usul undi percaya UMNO terhadap MB Perak? Tetapi tidak pelik dalam konteks politik norma baru.

Walaupun UMNO ada pendirian, iaitu “No PKR-No DAP”, usul tersebut tetap disokong. Maksudnya pendirian politik bukan mudah menghalang dinamika politik norma baru.

Justeru UMNO tidak boleh apologetik? Takut dituduh mabuk kuasa, ‘cium mulut’ dengan musuh dan gila jawatan. Usul UMNO itu wajar kerana hanya mahu tukar Menteri Besar yang gagal.

Perak telah mempelopori politik norma baru. Adakah itu signal kepada Muhyiddin? Tidak mustahil ia berlaku di pusat.

Sebenarnya banyak kejutan sejak Barisan Nasional hilang kuasa. Pakatan Harapan tumbang apabila BN-GPS dengan PPBM 2.0 bergabung. Sedangkan PPBM musuh yang kalahkan Barisan Nasional di PRU ke-14.

Rakyat mahu melihat siapa lebih bijak. Siapa pandai mengurus ekonomi, mengurus perkauman, mengurus janji dan mengurus kejujuran demi kelangsungan hidup rakyat.

Kini Perikatan Nasional adalah kerajaan majoriti lemah. Ia tidak dapat mentadbir dengan berkesan. Ia juga boleh tumbang. Adakah UMNO mesti kekal terpalit dengan kemelut ini?

Sebab itu PAS pragmatik. Ia boleh berkawan dengan DAP dan kemudiannya meninggalkan DAP. PAS menyertai Perikatan Nasional tetapi PAS juga mahu Muafakat Nasional didaftarkan.

PAS tidak peduli dituduh ‘geli’ dengan jawatan. Mereka juga mahu dominan dalam Perikatan Nasional. PPBM pun sama. Mereka kuasai Sabah tetapi hilang kuasa di Johor, Kedah dan kini di Perak.

Mana ada kerajaan yang berkuasa kalah teruk di PRK seperti di Tanjung Piai. Itu menakutkan PPBM. Sebab itu PPBM tidak boleh balas dendam kerana “Perak Move”.

Pokoknya kita mesti keluar dari kepompong lama dan memulakan politik norma baru. Tiada musuh dan kawan politik yang kekal selagi kerajaan majoriti dua pertiga tidak wujud.

Bersedialah dengan politik norma baru!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts