HIMPUNAN 812 RAKYAT MENOLAK ICERD: BERMULANYA GERAKAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS

129
SHARES
415
VIEWS

Hari ini 8 Disember dua tahun lalu, berhimpunnya 1 juta ummah di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek bagi menzahirkan solidariti rakyat menolak ICERD.

1 – Menghimbau sedikit sejarah, ia bermula apabila Menteri Luar pada waktu itu Datuk Saifuddin Abdullah (kini Menteri Komunikasi) menyatakan dengan tegas pada bulan Ogos 2018 komitmen kerajaan PH untuk mengotakan janji manifesto mereka bagi meratifikasi beberapa konvensyen antarabangsa termasuk ICERD yang merupakan instrumen hak asasi manusia di bawah PBB.

2 – Kemudian pada 28 September 2018, Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir dalam ucapan di Persidangan Agung PBB ke-73 sekali lagi menyatakan komitmen Malaysia untuk meratifikasi ICERD menjelang tahun 2019 sebagaimana janji Manifesto PH.

3 – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berganding bahu buat kali pertama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai sahabat saya YB Ustaz Muhammad Khalil Haji Hadi menggerakkan Himpunan Pertama Membantah ICERD di Sogo Kuala Lumpur pada 4 November 2018 dengan menghimpunkan lebih 5,000 orang dan berjanji untuk gerak ke seluruh negara secara bersama untuk menganjurkan demonstrasi cetus kesedaran rakyat mengenai bahaya ICERD.

4 – Sepanjang November Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO menjelajah ke setiap negeri mengadakan siri-siri demonstrasi dan himpunan menyedarkan rakyat bagi membantah ICERD.

5 – Kemuncaknya pada 8 Disember 2018, UMNO, PAS dan pelbagai NGO massa khususnya UMMAH menganjurkan Himpunan Rakyat Menolak ICERD yang menghimpunkan hampir 1 juta umat di sepanjang Masjid Jamek, Jalan TAR hingga ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur. 

Moga-moga himpunan yang penuh bersejarah ini sentiasa terpahat dalam sabubari bagaimana manisnya permulaan permuafakatan jitu antara dua parti terbesar umat Islam di Malaysia UMNO dan PAS sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional setahun kemudian.

Apakah ANDA sebahagian daripada sejarah ini?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts