TERUSKAN PENJUALAN ASET TABUNG HAJI, BUKTI KERAJAAN PN GAGAL JAGA ASET UMAT ISLAM

425
SHARES
2.5k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Saya sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Hilang. 

Sebentar tadi di dalam Parlimen, YB Baling DS Azeez Rahim telah mendedahkan sepucuk surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Surat ini mendedahkan bahawa kerajaan telahpun bersetuju bagi membenarkan penjualan lebih 6,500 hektar ladang di Sarawak kepada syarikat non bumi (yang dimulakan prosesnya pada zaman PH) dengan dua syarat:

1. Harganya RM170 juta

2. Ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam tempoh setahun selepas penjualan

I mean, how ignorant can you be Tok Pa? How naive can you be Dr Zul?

Syarat apa benda macam ini? Kita semua tahu harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga belian lama (lebih kurang RM250 juta) dan harga penilaian pertama JPPH (RM224 juta). Tetapi kita jual juga.

Kita semua tahu bahawa dengan penjualan ini maka hutang RM247 juta terpaksa dihapus kira. Tetapi kita jual juga. 

Kita semua tahu ladang-ladang ini sedang menghasilkan keuntungan kerana kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke paras RM3500 per tan berbanding RM1900 pada zaman Pakatan Harapan. Tetapi kita jual juga. 

Kita semua tahu 30 peratus ekuiti Bumiputera itu boleh dibuat senang-senang melalui lantikan proksi. Tetapi kita jual juga. 

Dan kalau dalam masa setahun ini proksi tidak dapat dilantik bagi memenuhi syarat 30 peratus tersebut, apa Tabung Haji boleh buat? Ambil semula tanah kemudian hendak bayar balik Tamaco dengan apa? Sedangkan hasil sawit telah dikutip berganda.

Bodoh sangat ke kita?

Penjualan ini daripada dahulu hingga sekarang adalah antara isi tentangan UMNO dan PAS ke atas Pakatan Harapan. Membenarkan penjualan ini bukan saja bukti PPBM gagal menjaga aset umat Islam, tetapi tiada rasa hormat ke atas sensitiviti rakan kongsi.

Kalau benar perlu dijual sekalipun. Maka ia mesti create value (cipta nilai) dan memberikan pulangan munasabah kepada Tabung Haji. Ini basic common sense.

Dan kepada Dr Zulkifli (Menteri Agama). Maaflah.

Tidak perlu hairan macamana YB Baling yang tiada apa-apa kuasa boleh lebih tahu daripada kerajaan hari ini. Itu sebenarnya bukti kakitangan kerajaan lebih percaya kepada mereka berbanding tuan-tuan semua Pak Menteri.

Hendak jadi Menteri Agama, bukan sekadar perlu faham Quran dan hafal hadis. Tetapi mesti juga mahir dalam ilmu pentadbiran, dasar ekonomi umat, kompleksiti undang-undang serta geopolitik dunia.

Kalau fokus itu lebih kepada tulis buku, ulas hukum-hakam, terjemah kitab, bagi kuliah, beri bantuan kebajikan, maka kembalilah ke kerusi mufti.

Tuan lebih layak di sana.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts