PERGOLAKAN POLITIK PERAK PERLU DISELESAIKAN SEGERA

131
SHARES
422
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Berikut merupakan transkrip ringkas mengenai pergolakan politik di negeri Perak;

1. Masih tiada keputusan siapa Menteri Besar Perak yang baru (minit  ke 0:00)

– Sultan Perak akan memanggil parti-parti yang terlibat masuk mengadap

2. Sebab krisis politik Perak berlaku (minit ke 1:00)

Berlaku kerana penolakan terhadap Menteri Besar 

– Faizal Azumu berkata dalam Dewan beliau ditolak kerana UMNO bekerjasama dengan DAP – ini tidak benar

– Lebih 80 peratus ADUN menolak beliau

3. Sebab Faizal Azumu ditolak (minit  ke 2:00)

– Beliau dijatuhkan atas sebab masing-masing antaranya; UMNO atas isu penjualan tanah dan DAP pula atas isu Bersatu telah mengkhianati mereka

– Ini tidak memberi makna masing-masing membentuk kerjasama

4. UMNO dituduh bekerjasama dengan DAP (minit ke 2:40)

– Bersatu yang pernah bekerjasama dengan DAP, bersama-sama bagi menjatuhkan Barisan Nasional

– Bahkan orang kanan Muhyiddin iaitu Azmin lebih lama bekerjasama dengan DAP

– Sekarang ini pula UMNO hendak dituduh bekerjasama dengan DAP?

– Tidak masuk akal dan tindakan terdesak

5. Mengapa MB baru perlu dilantik segera? (minit ke 3:30)

– Perlu lantik segera antaranya kerana bajet kerajaan negeri Perak belum diluluskan lagi

– Perlukan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada 59 DUN, iaitu sekurang-kurangnya 30 sokongan

– UMNO ada 25, hanya berkurangan 5 sokongan

6. Faizal Azumu jadi Menteri Besar dahulu kerana menarik ADUN UMNO khianat parti sertai Bersatu (minit ke 5:00)

– Di mana sebelum ini UMNO mempunyai 28 ADUN tetapi tetapi 3 daripadanya telah melompat atau ditarik ke Bersatu.

– Mereka bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan negeri di negeri Perak

– Jika ditanya tentulah kerjasama ingin dijalankan dengan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu

7. PAS dan PPBM belum membuat keputusan konkrit dan masih “main tarik tali” untuk sokong Menteri Besar UMNO (minit ke 6:00)

– UMNO masih menunggu-nunggu sokongan tersebut daripada PAS dan Bersatu

– Dikhuatiri kesan daripada kelewatan ini akan memberi kesan hubungan di seluruh negara, bakal menjangkiti ke negeri lain

8. Kononnya UMNO pertimbang bergabung bersama dengan DAP (minit ke 7:20)

– Ada kenyataan pemimpin UMNO akan ‘pertimbang’ kerjasama PKR dan DAP di negeri Perak

– DAP yang tawarkan bekerjasama dengan UMNO, bukan UMNO yang tawarkan

9. Tindakan Bersatu memaksa UMNO memikirkan atau menimbangkan apa pilihan yang ada (minit ke 8.00)

– UMNO tidak seperti Bersatu, di mana mereka keluar daripada UMNO, khianat kerana ingin menjatuhkan UMNO dan merekalah yang bekerjasama dengan DAP 

– UMNO merupakan satu-satunya parti yang tidak pernah bekerjasama dengan DAP

– UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP kerana terlalu banyak perbezaan

– Orang yang ada bersama UMNO ketika ini adalah mereka yang setia ketika kalah dan menang

– Bukan lalang dan oportunis seperti yang  masuk ke dalam Bersatu dahulu

10. Maka apabila DAP tawarkan kerjasama, UMNO pertimbang dan buat keputusan tidak akan bekerjasama (minit ke 9.10) 

– UMNO tidak boleh menghalang DAP untuk kata mahu sokong siapa atau membuat kenyataan hendak bekerjasama dengan UMNO 

– Terpulang kepada DAP untuk sokong atau undi siapa yang mereka mahu

– Situasi di Perak, UMNO tidak meminta sokongan DAP tetapi jika 16 ADUN DAP menyokong Menteri Besar daripada UMNO, apa yang UMNO boleh lakukan?

– Tidak mungkin UMNO hendak kata janganlah sokong

11. Menteri Besar  perlu dilantik segera kerana Bajet Perak 2021 perlu diluluskan (minit ke 10.00) 

– Sesiapapun yang mendapat sokongan majoriti tidak kira daripada mana-mana parti maka beliaulah yang akan menjadi Menteri Besar Perak

12. Sokongan ‘in-situ‘ (setempat) ADUN-ADUN Perak mungkin perlu untuk membentuk kerajaan (minit ke 11:00)

– Jika parti Pakatan Harapan ingin menyokong Menteri Besar daripada UMNO, maka ia bukan kerjasama politik secara umum di peringkat nasional

– Kerjasama tersebut adalah bagi menyelesaikan krisis agar Menteri Besar Perak dapat dilantik segera dan kerajaan dapat dibentuk

– Sesiapapun yang ingin menyokong ADUN daripada UMNO menjadi Menteri Besar, itu adalah antara beliau dan Sultan Perak

13. UMNO tidak boleh menghalang sesiapa yang ingin nyatakan sokongan (minit ke 12.00)

Jika ada ADUN Pakatan Harapan dan ADUN Bebas yang berjumpa dengan Sultan Perak mengatakan sokongan kepada ADUN UMNO

– Tidak mungkin UMNO akan mengadap Tuanku Sultan untuk berkata “kami tidak akan menerima sokongan ini” – ia satu perkara yang langsung tidak masuk akal

– Kemelut ini perlu diselesaikan segera dengan melantik seorang Menteri Besar baru yang mendapat sokongan majoriti

14. Kenapa UMNO wajar menjadi Menteri Besar? (minit ke 12.30)

– Dalam politik, adalah ‘natural’ bagi sesebuah parti yang mempunyai sokongan terbesar menjadi Menteri Besar kerana akan wujudkan kestabilan semulajadi

– Jika wujud situasi sebuah parti kecil seperti yang berlaku di Persekutuan dan terpaksa mencari sokongan di sana sini, ini tidak akan mewujudkan kestabilan

15. “Kestabilan semulajadi” terbentuk apabila pihak yang mempunyai paling ramai wakil rakyat memegang tampuk pemerintahan (minit ke 14.00)

– PRU-14 memperlihatkan Bersatu yang hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen menjadi Perdana Menteri, tidak sampai 2 tahun kerajaan tersebut tumbang dan keadaan politik terus bergolak

– Berlaku kerana kestabilan itu tidak semulajadi, kerajaan majoriti kecil menjadi kerajaan maka pergolakan terus berlaku

16. Mengapa pula Bersatu tidak boleh jadi Menteri Besar Perak seterusnya? (minit ke 14.45)

– Jika Bersatu, kestabilan semulajadi ini tetap tidak akan tercapai

– Pergolakan akan berlaku lagi dan ini tidak adil untuk rakyat negeri Perak

– Oleh kerana itu jika parti yang mempunyai paling banyak kerusi dan mendapat sokongan paling banyak wakil rakyat lain maka parti tersebutlah yang paling layak

– Sama ada Menteri Besar atau Perdana Menteri sekalipun

– Itulah cara yang akan membentuk kestabilan semulajadi

17. Parti yang kecil jika memerintah seluruh negara maka keseimbangan tidak akan berlaku (minit ke 16.00)

– Begitulah contoh yang berlaku di Afrika Selatan, ketika zaman apartheid

– Apabila parti yang kecil diberikan kuasa yang besar dan berkuasa atas ramai orang, maka berlakulah tekanan serta “pecah dan perintah” 

– Hanya dengan cara “pecah dan perintah” sahaja membolehkan golongan atau parti kecil mengekalkan kuasa

– Tetapi penyatuan tidak akan berlaku sebaliknya hanya perpecahan, kerana tidak berlakunya keseimbangan

Rujuk video penuh beliau di pautan berikut;

https://fb.watch/2fi1q9oGpn/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts