BERSIH DAN BERMORAL

170
SHARES
548
VIEWS

Ucapan Dasar Datuk Wira Dr Ibrahim Ali Presiden PUTRA di Persidangan Agung Kali Pertama pada 12 Disember 2020 yang bertema BERSIH DAN BERMORAL,  sememangnya berani, tegas dan ikhlas. Sebagai parti baru setahun jagung yang lahir di tengah kemelut krisis moral yang melibatkan hampir semua parti-parti politik utama, telah menghumban negara ke lembah kehinaan dan menjadi ejekan dunia. Rakyat menanggung malu tetapi mereka pemimpin politik yang terlibat seperti tidak tahu malu. 

Krisis moral yang menjijikkan pemimpin politik yang terlibat tidak terbayang oleh rakyat biasa boleh dilakukan oleh mereka yang beragama lslam dan depan khalayak.

Mereka bertopengkan sifat malaikat, berselindung di sebalik agama dan kepura-puraan ucapan berkarisma. Ketaksuban sebilangan rakyat yang menjadi pengikut setia masih memuja seperti dewa seolah lupa tingkah laku mereka mewarisi pemimpin zaman jahiliah.

Kelantangan Dr Ibrahim Ali merungkai kemelut moral dan bersih dalam ucapan dasar menunjukkan keberanian menegak KEBENARAN, menanggung AMANAH, menyampaikan (TABLIGH) dengan BIJAKSANA tanpa menyentuh mana-mana pihak yang terlibat secara langsung. Seharusnya menjadi pelajaran dan pedoman bukan hanya kepada pemimpin PUTRA malahan untuk semua pemimpin.

PUTRA membawa wadah baru dalam perjuangan politik menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran. Amalan yang berlandaskan syarak, mematuhi undang-undang dan menepati moral, In sha Allah tidak akan terjerumus dalam kancah kehinaan jijik (tidak bersih) dan tidak bermoral. Bersih dan moral adalah cermin budi pekerti seseorang insan yang dipilih menjadi khalifah atas muka bumi ini.

Bersih dan moral juga adalah ‘maruah’ diri dan bangsa. Perbuatan yang tidak bersih sama ada pemikiran, perbuatan dan tindakan mendorong kepada amalan tidak bermoral bukan hanya mencalarkan tingkah laku buruk individu juga terpalit maruah bangsa dan mengheret lslam dengan persepsi negatif.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia, jika dilihat dengan mata hati adalah adalah proses ‘pembersihan’ dunia yang selama ini dikotori kemungkaran politik, ekonomi dan moral melampaui batas manusiawi. Malaysia juga tidak terkecuali.

Bumi yang paling bertuah anugerah Allah, sumber kekayaan dalam balak, pertanian, galian, minyak dan gas, perindustrian dan sebagainya. Terhindar daripada bencana alam seperti gempa bumi, gunung merapi, kemarau panjang cuma banjir itupun ada yang berpunca daripada kelalaian manusia sendiri. Mereka yang kotor dan tidak bermoral mengeksploitasi serta tidak bersyukur.

Dalam keadaan Covid-19 sedang mengganas masih ada ahli politik yang rakus kuasa cubaan menjahanamkan “kestabilan sementara” tidak sabar menunggu PRU akan datang.

Kita PUTRA buktikan bahawa parti politik memperjuang politik bersih dan bermoral walaupun kita sedang berdepan gelombang politik yang mencabar. Perjuangan yang lahir daripada niat yang bersih “menegak kebenaran mencegah kemungkaran” akan mendapat pertolongan Allah SWT. Amiin….

Oleh Cikgu Basir Othman

Pengerusi Perhubungan PUTRA Pulau Pinang 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts