ANWAR BAKAL MELEPASKAN JAWATAN DAN MENINGGALKAN DUNIA POLITIK?

4.8k
SHARES
15.6k
VIEWS

1. Semoga kegagalan ‘terakhir’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kempen besar-besaran pihak Pakatan Harapan supaya semua Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021 di Dewan Parlimen 15 Disember 2020 ketika undian belah bahagi selepas Bacaan Ketiga Belanjawan seharusnya menjadi ‘final call‘ buat Ketua Pembangkang yang sentiasa tidak pernah serik mencuba nasib untuk merebut kedudukan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

2. Justeru, keputusan Belanjawan 2021 yang telah diluluskan mengingatkan kita terdapat satu tularan media yang memaparkan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan jika gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di peringkat pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. Sebelum ini beliau telah gagal di peringkat pertama pembentangan belanjawan tempoh hari hingga membuatkan beliau mulai berasa ragu dengan sokongan SD terhadap beliau, lalu segera menafikan yang beliau pernah membuat kenyataan akan meletakkan jawatan sekiranya gagal. Tularan itu dikatakan palsu.

3. Kita biasa terbaca di muka muka akhbar luar negara bagaimana jika keadaan yang sama berlaku ke atas tokoh-tokoh politik tertentu baik dari pihak kerajaan atau pembangkang, lazimnya dengan penuh tanggungjawab dan bermaruah tokoh-tokoh itu akan segera letak jawatan secara terhormat. Tetapi malangnya, politikus Malaysia tidak berintegriti tinggi untuk berbuat begitu.

4. Sebenarnya, ia bukan suatu yang terhina jika seorang Menteri ‘downgraded’ menjadi Ahli Parlimen biasa, kerana mana-mana politikus berpegang kepada prinsip, sekalipun jatuh beliau akan lebih dihormati dan disanjungi oleh rakyat kerana berani mengotakan kata-kata demi menjaga prinsip dan integriti dirinya sebagai seorang pemimpin yang disegani. Tentu sekali rakyat malahan ahli parti juga akan berasa bangga mempunyai pemimpin yang kental dengan jati diri berprinsip, bukannya yang berperangai seperti badut.

5. Sejak dari awal kejatuhan kerajaan PH lagi, dan selepas diganti dengan kerajaan Perikatan Nasional, tanpa kenal erti serik, Anwar telah beberapa kali mendakwa yang beliau telah berjaya mengumpul SD dengan “jumlah meyakinkan”, dan memujuk media melaporkan dengan pelbagai retorik yang tiada berkesudahan, sekalipun beliau faham maksud isi kandungan “surat dari Istana”.

6. Kepada semua Ahli Parlimen, sedarlah rakyat sentiasa memerhatikan anda. Bangkitlah daripada mimpi buruk dan igauan yang tidak berfaedah yang telah tertanam dek kerana termakan dengan janji-janji manis dari mereka yang tidak sedar diri. Jadilah seorang pemimpin politik yang berkesan, yang punya maruah diri. Bukannya jadi “macai budak suruhan” parti kiasu cauvinis lain yang menjadi ‘paymaster’ dan juga bersama dengan ‘puppet master’. 

7. Sepatutnya Pakatan Harapan hari ini sudah ‘move on’ ke arah memberi input terbaik selaku pihak yang berperanan sebagai check and balance di Dewan Rakyat yang mulia itu, bukan menjerit melalak tidak keharuan dengan gelagat seperti beruk dicucuk punggungnya. Perlakuan tidak senonoh ditontoni oleh lebih 30 juta rakyat yang sebahagian besarnya layak mengundi pada PRU-15 nanti.

8. Kini selepas kelulusan Belanjawan 2021 adalah merupakan masa untuk semua pihak tanpa mengira parti dan bangsa harus bekerja bertungkus-lumus berusaha menjana semula ekonomi negara, yang bukan sahaja terkesan dengan wabak Covid-19 ini hingga mengalami kerugian lebih RM300 juta sehari tetapi juga baki yang susut teruk akibat 22 bulan setelah hasil negara dijarah oleh kumpulan kleptokrat sebenar di kalangan politikus yang sentiasa laparkan kuasa yang ibarat; tikus membaiki labu.

9. Kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang masih diizinkan Allah SWT untuk meneruskan pemerintahan, sedarilah bahawa peringatan Allah SWT itu semakin jelas, iaitu supaya anda sekalian tidak bercakaran sesama sendiri kerana berebut harta dan tamakkan kedudukan dan laba semata-mata. Tidak lupa bahawa, teguran ini juga ditujukan kepada mereka yang masih juga lagi merasakan dirinya muda dan berkemampuan.

10. Segera hentikan segera persengketaan dan politik berdendam, sanggup menikam kawan dari belakang serta bersikap hipokrit kerana rakyat semakin muak dengan kemelut politik negara hari ini. Mereka yang naik dengan menipu dan menindas hanya akan membuatkan diri sendiri mendapat malu suatu hari nanti.

11. Bagi Islam, kuasa politik yang diberi merupakan suatu amanah besar yang dipinjamkan oleh Allah Taala untuk mentadbir atas muka bumi ini dengan penuh adil dan teratur, ia juga adalah ibadat untuk membawa seorang itu ke arah insan yang tunduk patuh kepada-NYA, bukan berlaku zalim dan derhaka kepada-NYA. 

12. Adil dalam mentadbir adalah juga ciri-ciri sejagat yang terpakai dalam semua amalan keagamaan dan kebudayaan bagi manusia demi untuk memakmurkan dunia yang kita kongsikan bersama manusia lain, dan dalam konteks agar manusia dapat mengenali satu sama lain sebagaimana anjuran dari Al-Quran.

13. Sesungguhnya, sokongan majoriti kepada Perdana Menteri ke-8 dan kabinetnya di Parlimen pada 15 Disember 2020 bagi kali yang ke-28 dalam siri pembentangan Belanjawan, merupakan testimoni kukuh bagi kerajaan Perikatan Nasional untuk terus maju meneruskan agenda Belanjawan 2021 dan menyelamatkan negara. MUAFAKAT menyokong penuh sehingga ekonomi negara dipulihkan semula dalam tempoh baki pemerintahan yang sah sehingga PRU-15 diumumkan.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts