WIRA PUTRA GESA MENTERI KEWANGAN BERI PENJELASAN SKANDAL PROJEK RUNDINGAN TERUS RM550 JUTA

404
SHARES
1.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

17 Disember 2020 | 2 Jamadilawwal 1442H

1. Wira PUTRA telah menerima dan melihat salinan paparan skrin dan surat daripada Whatsapp Menteri Undang-undang JabatanPPerdana Menteri berkenaan skandal projek rundingan terus yang melibatkan keluarga Menteri Kewangan. Selain itu turut terlibat pengaturan tersebut dikatakan adalah Menteri Wilayah dan turut disebut nama anak Perdana Menteri.

2. Hal seperti ini yang mencemar kemurnian politik tanah air apabila seseorang yang menjadi pemimpin politik berkehendakkan terhadap sesuatu hingga lupa amanah yang dipikul tidak boleh terkait dengan apa jua kepentingan peribadi.

3. Rakyat pada ketika ini terbeban dengan kurang pendapatan hingga ada yang kehilangan kerja. Yang muda mungkin masih mampu mencari jalan, namun yang berusia 40 ke atas akan mengalami kesukaran memperoleh pekerjaan. Hendak minta keluar KWSP sendiripun punyai syarat ketat dan kena lalui proses yang panjang. Tetapi pemimpin kerajaan Perikatan Nasional boleh pula dapat projek rundingan terus yang silap-silap keuntungannya 7 keturunan tidak habis makan.

4. Justeru, Wira PUTRA menggesa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tampil memberi penjelasan berkenaan skandal projek rundingan terus atau tanpa tender yang dianggarkan sekitar RM550 juta ini kepada awam. Jika ia adalah sabotaj atau tuduhan fitnah semata-mata, sila buat laporan polis ke atas mereka yang menularkannya. Jika tidak, jelas sikap pemimpin politik kerajaan PN saling tidak tumpah dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan sebelumnya yang sentiasa mengkayakan anak-beranak.

5. SPRM perlu memandang serius hal ini dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi jika terdapat penyelewengan atau ketirisan yang berlaku melibatkan Menteri-menteri kerajaan ini. PDRM pula boleh buka kertas siasatan sekiranya terdapat laporan menyatakan ia fitnah bagi memastikan segala tindakan adalah telus dan tidak berat sebelah.

6. Kerajaan Perikatan Nasional diuar-uarkan sebagai kerajaan Melayu Islam. Maka janganlah malukan penganut agama Islam dan jangan jatuhkan maruah orang-orang Melayu dengan perlakuan tidak bermoral seperti ini. Dahulukan kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi sebagai pemimpin kerajaan separa penggal sahaja ini. Segerakan pemulihan ekonomi yang memanfaatkan rakyat, bukan selamatkan tengkuk sendiri agar terus kaya selepas kerajaan dibubarkan nanti.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts