DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

125
SHARES
404
VIEWS

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan agar tidak gopoh membuat penafian berhubung dana perjudian daripada syarikat yang diterima Perikatan Nasional untuk membiaya mereka di Pilihan Raya Umum ke-15. Perdana Menteri menjelaskan bahawa berlaku pelanggaran yang serius dalam isu berkenaan.

Saya nak nasihat Takiyuddin jangan gopoh. Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.

Kenyataan Anwar tersebut adalah bagi mengulas kenyataan Takiyuddin sebelum ini yang kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan Anwar yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional diterima dari syarikat perjudian. Sedangkan secara logiknya tidak mungkin secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu menuduh mana-mana pihak terlibat dengan sebarang dana yang mencurigakan jika tidak mempunyai bukti.

Mungkin PAS dan Perikatan Nasional sudah boleh bersedia dengan sebarang dalil untuk ‘menghalalkan` tindakan mereka jika terbukti dokumen Anwar boleh membuktikan dana pilihan raya mereka daripada sumber haram. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts