PERKASA BANTAH PENYERTAAN MALAYSIA DI EXPO DUBAI

119
SHARES
383
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA 

PERKASA membantah sekeras-kerasnya penyertaan Malaysia di Expo Dubai yang jadual awalnya bermula pada Oktober 2020 hingga April 2021 dipinda ke Oktober 2021 hingga Mac 2022 yang turut akan disertai oleh negara haram rejim Israel.

Malaysia perlu menarik diri daripada menyertai expo tersebut sebagai protes terhadap UAE yang telah menterai hubungan dua hala dengan rejim Israel baru-baru ini.

Tindakan UEA itu secara tidak langsung mengiktiraf rejim Israel sebagai sebuah negara sedangkan tanah pendudukan rejim tersebut itu adalah bumi Palestin yang sah dan merdeka tetapi dirampas oleh rejim Israel.

Kerajaan tidak perlu hendak salahkan kerajaan dahulu yang telah bersetuju untuk menyertai expo tersebut kerana semasa persetujuan dibuat, UAE belum lagi mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim Israel.

Namun jika salah kerajaan dahulu sekalipun sekiranya UAE telah mengiktiraf rejim Israel lebih awal, kerajaan Perikatan Nasional yang mendakwa kerajaan Islam Melayu ini wajib membatalkan penyertaan tersebut.

Bukankah saudara seIslam kita di Palestin telah dibunuh dengan kejam tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua, rumah mereka dirobohkan dan tanah mereka dirampas? Tiada rasa simpati langsungkah terhadap mereka?

Malaysia perlu menunjukkan ketegasan yang konsisten tidak menerima rejim Israel. Sebagai negara Islam, UAE tidak wajar bertindak menjalinkan hubungan diplomatik dengan rejim Israel yang kejam terhadap umat Islam bukan sahaja di Palestin tetapi terhadap negara-negara Islam sekelilingnya. Semua perang saudara yang berlaku di negara-negara Teluk dan Asia Barat adalah adanya campur tangan rejim Israel.

PERKASA berharap Perdana Menteri segera mengarahkan kementerian berkenaan menarik diri daripada expo tersebut.

Sekian. 

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts