ADAKAH KERAJAAN PERLU LAYANI PERMINTAAN PULAU PINANG SAHAJA? 

475
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Kenapa kebanyakan pemimpin DAP hanya fikir tentang Pulau Pinang? Kenapa semua peruntukan kerajaan DAP selalu ‘fight‘ untuk Pulau Pinang? Adakah negeri lain tidak penting pada pemimpin DAP

Semalam bekas “Menteri Kewayangan”, Lim Guan Eng menyelar kerajaan apabila memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Bukan itu sahaja dia juga kecewa apabila RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk membina kereta kabel di Bukit Bendera dimansuhkan dan jaminan pinjaman bank untuk membina LRT bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang dan Seberang Perai juga dibatalkan.

Nampaknya jelas sekali, masa mereka berkuasa banyak juga peruntukan diberi kepada Pulau Pinang.

Mari kita fokus kepada isu perkhidmatan feri. Guan Eng berkata, bagi menyelamatkan perkhidmatan feri, kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan untuk mengambil alih keseluruhan perkhidmatan pengangkutan air dan feri Pulau Pinang pada tahun 2015 dengan menanggung semua perbelanjaan.

Namun, Kementerian Pengangkutan pada tahun 2016 menolak untuk memberikan kuasa penuh kepada kerajaan Pulau Pinang dan berkeras untuk melaksanakan pengawal seliaan terhadap pengangkutan air serta perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Sebenarnya betulkah kerajaan Pulau Pinang ini hendak ambil alih perkhidmatan feri? Yang peliknya semasa DAP-PH menguasai kerajaan pusat kenapa Pulau Pinang tidak ambil alih perkhidmatan feri? Masa itu, Menteri Pengangkutan orang DAP. Menteri Kewayangan juga orang DAP.

Jika kita rujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow 19 Oktober 2020, kerajaan negeri Pulau Pinang tidakpun berhasrat untuk mengambil alih perkhidmatan feri.

Rujuk pautan;

https://www.sinarharian.com.my/article/105924/EDISI/Utara/Pulau-Pinang-tidak-berhasrat-ambil-alih-perkhidmatan-feri?fbclid

Kerajaan Pulau Pinang tidak merancang untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang kini diuruskan Rapid Ferry Sdn Bhd (Rapid Ferry). Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini terdapat cadangan pengoperasian feri oleh Penang Port Sdn Bhd, namun ia belum diputuskan lagi.

Lagipun perkhidmatan pengangkutan air Pulau Pinang bukan ditamatkan oleh kerajaan Perikatan Nasional seperti didakwa DAP tetapi diganti dengan perkhidmatan bot Katamaran yang jauh lebih laju.

Rujuk pautan;

https://www.sinarharian.com.my/article/114897/EDISI/Katamaran-ganti-feri-di-Pulau-Pinang?fbclid

DAP jangan pula buat-buat lupa Menteri Pengangkutan DAP sendiri yang buat keputusan ganti feri dengan bot laju pada tahun 2019. Kerajaan PN hanya meneruskan keputusan untuk ganti feri dengan bot laju. Perkhidmatan pengangkutan laut Pulau Pinang tidak ditamatkan.

Sebenarnya kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang tidak berhasrat untuk ambil alih perkhidmatan feri. Jadi tidak payahlah Guan Eng hendak ‘wayang’ mendesak kerajaan pusat kononnya tidak prihatin dan mengabaikan Pulau Pinang.

Adakah Pulau Pinang sahajakah yang penting di Malaysia?

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2115759258559391/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts