NAJIB SARAN KEMBALIKAN KUARANTIN WAJIB 14 HARI

395
SHARES
1.3k
VIEWS

United Kingdom telah mengarahkan penguatkuasaan ‘lockdown‘ yang paling ketat berkuat kuasa serta-merta ke atas London serta daerah-daerah bersebelahan bagi membendung ancaman pandemik Covid-19 yang bermutasi. 

Rujuk kenyataan Menteri Kesihatan UK Matt Hancock yang berkata mutasi baru virus Covid-19 di United Kingdom tidak terkawal di pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bloomberg.com/amp/news/articles/2020-12-20/u-k-s-hancock-says-new-covid-mutatation-is-out-of-control

Berikutan ancaman terkini tersebut, bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi saranan agar kerajaan Perikatan Nasional menimbangkan semula untuk menaikkan tempoh kuarantin wajib yang dikurangkan ke 10 hari sebelum ini agar dikembalikan ke tempoh asal iaitu 14 hari bagi pelawat dari UK dan negara-negara Eropah.

Biarpun hari Krismas akan tiba tak lama lagi, United Kingdom baru tadi umum mereka telah mengarahkan lockdown paling ketat berkuat kuasa serta-merta ke atas London serta daerah-daerah bersebelahan.” 

United Kingdom terpaksa laksanakan demikian setelah mereka kesan mutasi baru virus COVID-19 diberi nama “VUI-202012/01” yang sedang merebak dengan kadar 70% lebih laju di daerah-daerah tersebut.”

Hatta, saya harap kerajaan PN akan pertimbang untuk naikkan semula tempoh kuarantin wajib dari 10 hari kepada tempoh asal 14 hari bagi pelawat dari UK dan negara-negara Eropah.

Justeru Kementerian Kesihatan disarankan agar mengambil tindakan segera untuk menasihatkan kerajaan agar mengambil tindakan membendung secara lebih efektif dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dikuatkuasakan semula ke atas semua pelawat luar negara dan bukan hanya ke atas mereka yang datang dari UK dan Eropah sahaja.

Tindakan pencegahan adalah lebih wajar diketatkan terlebih dahulu jika ia dapat membantu negara menyelamatkan lebih ramai nyawa warganya sendiri, dalam masa yang sama urusan pembekalan vaksin ke negara ini diselesaikan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts