KERAJAAN DIGESA SEGERA TUBUHKAN PASUKAN KHAS MENYIASAT KARTEL DAGING HARAM

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan segera tubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kegiatan kartel daging haram yang telah berleluasa sejak sekian lama serta mendedahkan nama syarikat dan pihak yang terlibat dalam isu yang menggemparkan negara baru-baru ini.

Melalui Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mendesak agar kerajaan tidak melindungi sesiapa hatta golongan kenamaan sekiranya didapati terlibat dalam kegiatan yang didakwa sebelum ini telah berlaku sejak 40 tahun lepas. 

Sebagaimana 6 saranan awal yang dikemukakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kerajaan wajar dedahkan segera nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.” 

Enam saranan tersebut boleh dirujuk  di pautan;

https://editormalaysia.com/20177/

Ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran.” 

Pemuda UMNO juga mendesak agar ditubuhkan segera PASUKAN KHAS yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk pihak SPRM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk penyelewengan termasuk RASUAH dalam isu kartel daging haram ini.

JANGAN ADA SEBARANG USAHA MENUTUP ATAUPUN MELINDUNGI MANA-MANA PIHAK TERMASUK JIKA TERDAPAT ORANG KENAMAAN DAN VVIP YANG TERLIBAT DENGAN PENYELEWENGAN AMANAH UMAT ISLAM INI!

Kami juga desak agar didedahkan segera nama-nama syarikat terbabit dan jangan ada sebarang usaha melindungi mereka yang mengkhinati amanah rakyat termasuk jika melibatkan orang kenamaan.” 

Pemuda UMNO turut mendesak agar daging yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat terbabit dan telah memasuki pasaran dalam tempoh 2 minggu ini ditarik serta-merta bagi mengelakkan ia dijual kepada rakyat dan pengusaha makanan.

Justeru rakyat menuntut tindakan tuntas pihak kerajaan agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan mereka yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts