ZETI PERLU TAMPIL JELASKAN TUDUHAN JHO LOW BERI DANA KEPADA KELUARGANYA

729
SHARES
2.4k
VIEWS

1. Isu pendedahan oleh portal Malaysian Today oleh Raja Petra Kamarudin ke atas keluarga Tan  Sri Zeti Aziz yang menerima dana lebih 100 juta ringgit daripada pelarian dalam buruan iaitu Jho Low pada tahun 2019, iaitu selepas Pakatan Harapan menang, benar-benar menimbulkan kesangsian semua pihak.

2. Ini kerana Zeti adalah individu yang mencadangkan derma asing kepada bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan akaun parti UMNO, atas kapasiti beliau ketika itu sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB ke atas Najib pula berlaku kerana “dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas nama beliau” – sedangkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri telah mengesahkan derma tersebut diterima daripada kerabat Arab yang ditemui sendiri oleh mereka secara bersemuka, di mana pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Datuk Seri Azam Baki (kini berjawatan Ketua Pengarah SPRM).

4. “Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, ia mungkin mempunyai impak kepada kes SRC saya sebab dia yang cadang saya gunakan akaun bank atas nama saya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing,” – Najib Razak.

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157587974895952/

5. Amat meragukan kerana;

5. 1. Zeti yang mencadangkan derma dimasukkan ke akaun peribadi Najib

5. 2. Najib dituduh bersekongkol menerima dana daripada Jho Low, sedangkan tiada money trail atau paper trail secara terus mengaitkan akaun Jho Low memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Najib

5. 3. Sebaliknya ‘terbukti’ pula keluarga Zeti menerima sejumlah wang beratus juta ringgit secara terus seperti yang didedahkan oleh Raja Petra di portal Malaysia Today

5.4. Jika perkara ini benar seperti pendedahan Raja Petra, logiknya jika Jho Low ini merupakan ‘culprit‘ yang bersekongkol bersama Najib, kenapa Zeti dan keluarganya sanggup menerima dana (yang sebegitu besar) daripada Jho Low?

5.5. Jika keluarga beliau sanggup menerima dana daripada Jho Low ini hanya akan merumitkan keadaan Zeti kerana wujud persepsi adakah ia diterima sebagai ‘habuan’ untuk sesuatu perkara yang dilakukan? Jika ya, apakah perkara tersebut? 

6. Persoalan-persoalan sebeginilah yang Zeti perlu nafikan dan membuat laporan polis ke atas Raja Petra jika memfitnah suami dan anak-anak beliau menerima dana ratusan juta daripada Jho Low

7. Agar pihak berkuasa segera dapat lakukan siasatan terhadap tuduhan ini agar nama Zeti anak-beranak dapat segera dibersihkan

8. Namun jika Zeti memilih untuk berdiam diri, ini akan menimbulkan persepsi bahawa adakah selama ini beliau antara beberapa Tan Sri yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Najib, seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini?

9. Malah dikhuatiri akan timbul juga isu rupa-rupanya benar selama ini Najib dianiaya oleh beberapa tokoh negara yang berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau kerana tidak mahu mengikut telunjuk bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Mahathir? 

Rujuk artikel “Bertahun Pakatan Harapan berusaha memenjarakan Najib” di pautan;

https://editormalaysia.com/12625/

10. Bahkan tuduhan ke atas Najib juga melibatkan SPRM yang kononnya mempunyai cukup bukti sejak 2015 namun kenyataan demi kenyataan Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Shukri Abdull selepas itu bercanggah sepanjang masa sehingga akhirnya beliau sendiri terpaksa meletakkan jawatan dan dimalukan.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/11023/

11. Justeru tidak mustahillah kenapa Hakim sendiri ketika menjatuhkan hukuman ke atas Najib, “mengesahkan bahawa Najib telah beberapa kali meminta BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaun bank atas namanya dan memberitahu beliau jika ada transaksi-transaksi yang meragukan.” 

12. Yang turut diakui oleh CEO Ambank yang berkata bahawa beliau sendiri pernah memberitahu mahkamah “telah merujuk kepada Zeti berkali-kali berhubung transaksi-transaksi akaun bank Najib” – namun Zeti dan Bank Negara serta Ambank tidak pernah sekalipun mengeluarkan sebarang amaran kepada Najib. 

Maka, jika ia benar bahawa keluarga Zeti pernah menerima dana lebih RM100 juta dari Jho Low, ia mungkin menjawab kenapa saya tidak pernah sekalipun diberi amaran berhubung transaksi-transaksi meragukan.” 

13. Justeru, seperti desakan Najib terhadap Zeti, beliau “amat berharap Zeti boleh berterus-terang dengan beliau serta seluruh rakyat Malaysia”.

14. In sha Allah jika Zeti berada di pihak yang benar, beliau tidak perlu takut dan gusar untuk tampil membersihkan namanya dan keluarga.

15. Selain itu sebagai seorang Islam (selain membuat laporan polis) beliau juga boleh menunjukkan keberanian dengan bersumpah laknat bagi membersihkan nama beliau sekeluarga.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts