PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 PARTI PUTRA

129
SHARES
417
VIEWS

PARTI BUMIPUTRA PERKASA NEGARA

Tidak ada apa yang hendak dilafazkan sempena Sambutan Tahun Baru 2021.
Lidah kelu tidak mampu berkata apa-apa, sedih melihat kehidupan derita majoriti rakyat jelata.

Negara kita Malaysia yang kononnya hebat selama ini seolah-olah caca-marba setelah 63 tahun Merdeka. Negara kaya raya, berbagai hasil bumi semuanya ada.

Rakyat hanya 32 juta tetapi negara sudah berhutang lebih 1 trillion, majoriti rakyat masih hidup dalam kemiskinan terutama kaum pribumi, walaupun pasarana negara memacu hebat. Kenapa begini jadinya?Pemimpin kaya-raya tetapi rakyat derita dalam debu. Pemimpin berada dalam syurga dunia, rakyat saperti itik kehausan.

Politik kacau bilau. Kerajaan tidak stabil. Siapa punya angkara? Telah datang hukum karma kerana tiada keberkatan.

Datang Covid-19 menambah beban yang sudah berat.

Rakyat Malaysia berada dalam terowong yang gelap. Apakah rakyat akan mendapat cahaya di hujung Terowong tahun 2021?

Mungkin ada cahaya jika negara dikemudi oleh nakhoda yang bersih dan bermoral.

Bahtera yang dipukul gelombang, ribut dan petir, jika nakhoda diberkati Allah, nescaya Allah akan permudahkan segala cabaran getir. Bagi mendapat berkat Allah SWT, nakhoda mesti hati nya suci, jujur dan bersih serta akhlak Mulia. Makmum mesti memilih imam yang betul.

In sha Allah negara selamat.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

PUTRA BAHTERA BARU RAKYAT MALAYSIA. JOM NAIK PUTRA SELAMATKAN NEGARA.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali 

Presiden PUTRA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts