TS KHALID IBRAHIM WAJAR JADI CALON PAS DI PRK DUN SERI SETIA

107
SHARES
344
VIEWS

PEMBELIAN SPLASH DENGAN HARGA RM2.55 BILION. TS KHALID IBRAHIM WAJAR JADI CALON PAS DI PRK DUN SERI SETIA.

Mohd Puad Zarkashi
4.8.2018

Sahlah pendedahan akhbar The Strait Times Singapore sebelum ini, iaitu Kerajaan Selangor akan membeli SPLASH dengan harga RM2.55 bilion. Sebelum ini Azmin berdolak-dalik apabila perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib mantan Perdana Menteri Malaysia.

Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 Bilion jauh berbeza dengan harga yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta.

Cukup jelas amalan “double standard” kerajaan Pakatan Harapan. Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh dan dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPLASH yang sangat mahal tidak ditangguh dan dikaji semula? Kenapa nampak terburu buru?

Menurut akhbar The Strait Times Singapore lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 Bilion manakala baki RM650 Juta akan di bayar berperingkat selama 9 tahun oleh Pengurusan Air Selangor. Menteri Besar Selangor mendakwa kerajaan Selangor tidak keluar duit sesen pun. Maksudnya sahlah pendedahan akhbar The Strait Times Singapore iaitu Kerajaan Pusat yang akan bayar.

Satu lagi isu besar, Pengerusi SPLASH ialah Tan Sri Wan Azmi. Beliau menguasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus. Nampaknya dia yang untung. Dia adalah kroni Tun Daim.

Maka apakah pengaruh Tun Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga yang sebegini cepat?

Apakah Tun Daim mengambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan perniagaan bukan untuk membina Malaysia Baru yang dijanjikan?

Apakah betul Tan Seri Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi?

Mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolong siasat.

Justeru memang wajar Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi calon PAS di PRK Seri Setia nanti. Tan Sri Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama. Dan PRK Seri Setia boleh menjadi medan kepada pembangkang melipatgandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, ketidaktelusan dan kroni oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts