PUAD YAKIN MENTERI KABINET UMNO AKAN PATUH KETETAPAN PARTI

492
SHARES
2.9k
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) daripada UMNO iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bersedia melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya diminta untuk berbuat demikian oleh UMNO.

Tahniah KJ. Beliau akan akur keputusan MKT UMNO jika parti buat keputusan tinggalkan Kerajaan PN dan arah dia meletak jawatan sebagai Menteri. Itu terbaik demi kredibiliti dan maruah parti serta dirinya“.

Khairy yang mesra disapa sebagai KJ apabila ditanya dalam satu sidang akhbar mengenai perkembangan perolehan COVID-19 di Parlimen menjawab, “Saya akur, jika diminta letak jawatan.”
Rujuk pautan;
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-akur-jika-diminta-letak-jawatan-khairy-jamaluddin-276190%3famp=1

Selain itu Puad turut bertanya Menteri lain daripada UMNO seperti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Tan Sri Annuar Musa yang baru digantikan oleh Datuk Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional sama ada mereka turut bersedia melepaskan jawatan seperti Khairy. 

Bagaimana Hishamuddin? Bagaimana Annuar Musa? Kita yakin mereka juga akan patuh.

Selain bersikap positif, Puad turut memberi pandangan bahawa mudah untuk UMNO bangkit sekiranya semua pemimpin UMNO ‘solid‘ sebagai satu pasukan serta menyindir jangan ada ‘power broker‘ dalam parti. 

Mudah parti bangkit bila semua solid sebagai satu jamaah. Jangan ada power broker dalam parti.”

Sebagai rekod, sebelum ini terdapat ura-ura Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua Ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional sebelum Februari, namun perkara tersebut dianggap sebagai fitnah dan telah dinafikan oleh Zahid sendiri.

Rujuk pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/557715

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts