SEBAB SEBENAR ANNUAR MUSA DIGANTI – ISHAM JALIL

1.4k
SHARES
4.4k
VIEWS

Saya baru lihat sidang akhbar sahabat saya Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi.

Secara ringkas beliau berkata bahawa beliau telah dipecat (atau digantikan) kerana beliau tidak bersetuju dengan beberapa pemimpin UMNO yang mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Pada hemat saya Tan Sri Annuar mungkin keliru.

Dia digantikan bukanlah kerana dia tidak bersetuju dengan Presiden UMNO berkenaan kononnya isu sokongan ke atas Anwar atau DAP.

Isu ini isu lama, surat yang dikatakan oleh Annuar Musa yang menunjukkan Presiden UMNO menyokong Anwar Ibrahim itu adalah surat bertarikh Oktober tahun lepas.

Dalam politik, tiga bulan lepas adalah sama dengan tiga dekad lalu.

Jika Annuar Musa tahu surat itu tulen seperti didakwa, maka mengapa beliau tidak bangkitkan ketidakpersetujuan beliau kepada Presiden pada ketika itu?

Dan jika telah dibangkitkan dan Presiden UMNO mahu memecat beliau (Annuar) oleh sebab ini, maka Annuar telahpun dipecat tiga bulan lepas dan bukannya sekarang.

Dan baru-baru ini, Presiden UMNO sekali lagi secara terang-terangan telah membuat kenyataan yang UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP.

Dan walaupun DAP menghulurkan cadangan untuk bekerjasama di Perak, namun UMNO dan Presiden UMNO telah pertimbang dan menolak cadangan tersebut.

Ini jelas dan bukanlah isu lagi.

Hakikatnya, Tan Sri Annuar Musa digantikan jawatannya bukan kerana isu Anwar atau DAP, tetapi kerana kecenderungannya kepada parti PPBM, iaitu parti yang ditolak oleh akar umbi UMNO.

Rata-rata bukan sahaja majoriti tetapi lebih dua-pertiga akar umbi UMNO yang telah bermesyuarat di peringkat bahagian mewakili cawangan-cawangan di seluruh negara telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PPBM.

Akar umbi UMNO tidak mahu ada pemimpin atau setiausaha yang ingin ‘menjual’ UMNO kepada PPBM.

Secara dasarnya, Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional tidak boleh ada seorang Setiausaha yang mana kecenderungan dan kenyataan-kenyataannya bercanggah dengan kemahuan akar umbi.

Sebab itu beliau diganti.

ISHAM JALIL

6 Januari 2021

P/S: Saya harap perbezaan pendapat ini tidak mengguris hati sahabat saya Tan Sri Annuar Musa. Perbezaan pendapat politik adalah perkara biasa, namun persahabatan tetap berkekalan. Nothing personal.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/893799481375577/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts