KABINET GORENG PISANG?

750
SHARES
4.4k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Ada yang mentafsir goreng pisang secara negatif.

Kalau ikut tafsiran negatif, adakah jemaah kabinet hari ini adalah “kabinet goreng pisang?” Ini kerana;

1. Ekonomi negara semakin teruk. Menteri Kewanganpun cakap bohong kononnya kemasukan pelaburan asing 2020 lebih RM100 bilion. Cuba namakan.

2. Ada pelabur asing yang pindah operasi mereka ke negara jiran. Tahun ini Hyundai akan pindah ibupejabat Asia Pasifik dari KL ke Indonesia. Bertambahlah penganggur di Malaysia.

3. Indonesia terima pelaburan dari Hyundai sebanyak RM4.02 bilion. Toyota sebanyak RM8.04 bilion dan syarikat bateri CATL pula sebanyak RM20.09 bilion. Syarikat LG Chem melabur sebanyak RM39.37 bilion manakala Amazon pula sebanyak RM10 bilion. 

4. Keraaan Perikatan Nasional pula meneruskan dasar Pakatan Harapan menjual aset. Sejak Mac 2020 hampir RM8 bilion aset Khazanah telah dijual.

5. Rakyat pula semakin susah. Kerajaan menolak monatorium automatik dan pengeluaran ‘one off‘ RM10 ribu daripada akaun 1 tanpa syarat. 

6. Tidak ada konsensus dalam memutuskan dasar negara seperti pembatalan HSR, sedangkan seminggu sebelum itu Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional telah ditubuhkan.

Justeru perlu ada kerajaan yang lebih stabil dan bukannya majoriti lemah. Sebab itu amat wajar sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional ditarik balik. Duduk di situpun tidak boleh buat apa.

Mana yang melobi jadi Ketua Pengarah J-KOM (Jabatan Komunikasi Komuniti-ganti JASA) macam Tun Faisal bolehlah ‘jalan’ terus.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts