PENGISYTIHARAN DARURAT PENUH, LANTIK PERDANA MENTERI INTERIM – IBRAHIM ALI

185
SHARES
598
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

1. Parti PUTRA mengambil maklum dan menjunjung kasih pengisytiharan darurat yang mendapat ampun perkenan DYMM SPB YDP Agong berkuat kuasa hari ini bagi tujuan menangani penularan Covid-19.

2. Parti PUTRA sebelum ini memang mencadangkan pengisytiharan darurat sebagai salah satu pilihan, tetapi bukan setakat menangani Covid-19 tetapi juga kemelut krisis kepimpinan politik negara yang terus meruncing, ekonomi merudum menjunam, isu-isu perkauman yang masih mendidih dan dasar-dasar nasional yang terus berkecamuk dengan PENGISYTIHARAN DARURAT ALA 13 MEI 69 dengan menubuhkan MAGERAN dan seorang tokoh berwibawa di lantik menjadi Pengarah MAGERAN.

3. Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang telah hilang sokongan majoriti di Parlimen dengan tindakan 3 Ahli Parlimen menarik sokongan terhadap kerajaan beliau iaitu Ahli Parlimen Macang pada 3 hari lepas dan hari ini pula Ahli Parlimen Padang Rengas. Maka Muhyiddin telah hilang kelayakan untuk mentadbir negara sebagai Perdana Menteri bersama kabinetnya dan ini adalah hakikat yang perlu beliau hadapi. 

4. Bagi menghilangkan keresahan rakyat dan berbagai persepsi terhadap pengisytiharan darurat hari ini, ada dua pilihan yang patut dipertimbangkan.

i. MENGISYTIHAR DARURAT PENUH DENGAN MENUBUHKAN MAGERAN DAN MELANTIK SEORANG TOKOH BERWIBAWA MENJADI PENGARAH MAGERAN – Inilah pendirian parti PUTRA sebelum ini. 

ii. Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang integriti dan kewibawaan kerana kepimpinannya sudah hilang majoriti. Seorang tokoh baru mesti dilantik bagi menggantikan tempat beliau sebagai Perdana Menteri Interim daripada kalangan tokoh berwibawa dan boleh diterima semua pihak lapisan rakyat dan parti-parti politik serta penyusunan semula anggota kabinet yang dinamakan MAJLIS KABINET Interim. Jika tidak, pengisytiharan darurat hari ini dituduh atau dilabelkan sebagai helah untuk tali hayat politik. Ia memberi kesan buruk kepada negara termasuk persepsi dunia antarabangsa dan pelabur-pelabur akan terus lari daripada Malaysia. 

Negara telah berada saperti telur di hujung tanduk.

SEMOGA ALLAH SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.

PUTRA PERKASA NEGARA.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA 

12 Januari 2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts