FAKTA SEJARAH TAMADUN MELAYU DIKEMASKINI DALAM BUKU TEKS SEJARAH 

384
SHARES
2.3k
VIEWS

۞ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ۞

Kenyataan Media Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (Jasanusa)

Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (Jasanusa) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia di atas kejayaan pusat arkeologi itu mengemaskini fakta sejarah awal Tanah Melayu di dalam Buku Teks Sejarah sekolah menengah dan sekolah rendah.

Fakta yang dikemaskini itu menyatakan bahawa sejarah tamadun terawal di Tanah Melayu adalah masyarakat Melayu Kedah Tua yang ditemui di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok Kedah, berusia 788 tahun Sebelum Masehi.

Penemuan arkeologi tersebut telahpun disahkan kesahihan dan pentarikhannya melalui makmal yang diiktiraf oleh pakar arkeologi antarabangsa seterusnya telah diterbitkan untuk digunapakai dalam bidang arkeologi dan ketamadunan seluruh sedunia.

Presiden Jasanusa Samsudin Awang, berkata fakta penting itu telah dimasukkan ke dalam Buku Teks Sejarah bagi Tahun 4 dan 6 di sekolah rendah manakala di sekolah menengah membabitkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 dan 2 bermula pada sesi persekolahan tahun lalu.

Setelah setahun ia mula dimasukkan ke dalam sukatan pembelajaran di sekolah, ia sudah menampakkan hasil positif kepada masyarakat terhadap kepentingan sejarah tersebut khususnya berkaitan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok.”

Berdasarkan tinjauan rambang yang dijalankan oleh Janasusa terhadap kata kunci ‘tamadun terawal Asia Tenggara’ dan ‘Tapak Arkeologi Sungai Batu’ di pengkalan data internet, didapati wujudnya peningkatan carian tersebut oleh masyarakat Malaysia.” 

Selain itu, berlaku juga pertambahan mendadak terhadap bahan-bahan video berkaitan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok yang disediakan oleh generasi muda dan disiarkan di laman pengkalan kandungan video serta di laman sosial,” katanya.

Menurutnya, usaha yang dilaksanakan oleh PPAG itu ternyata memberi kesedaran jati diri kepada masyarakat khususnya generasi muda dan ia wajar disokong secara berterusan oleh semua pihak.

Sebagai kesinambungan kepada kemaskini Buku Teks Sejarah itu, maka pada tahun ini Jasanusa akan berkerjasama dengan PPAG untuk memastikan Tapak Arkeologi Sungai Batu akan terus dipromosikan kepada masyarakat terutamanya penduduk negeri Kedah sendiri.”

Pentadbiran negara dan sistem pendidikan kita sering menyebut ‘jatidiri’, ‘patriotisme’, ‘cinta negara’ dan sebagainya, namun segala istilah tersebut tidak diterjemah secara fizikal kepada masyarakat melalui bukti-bukti arkeologi yang telah ditemui.” 

Kesudahannya, segala usaha memupuk jati diri itu hanya sekadar slogan atau lagu sahaja pada musim Hari Kebangsaan sekali setahun tanpa ada sebarang kesan jangka panjang kepada pembinaan generasi muda Malaysia.” 

Oleh itu, semua lokasi arkeologi yang terdapat di seluruh negara wajar dipelihara dan dimartabatkan sebagaimana yang dibuat di negara-negara jiran kita atau di negara maju,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara ini pada Majlis Penutup Ekspedisi Arkeologi Tamadun Melayu di Lembah Lenggong, Perak, semalam yang disertai 20 ahli arkeologi dari Ancient Kedah Heritage Resources dan PPAG.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah PPAG, Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin di Kompleks Pusat Lapangan Arkeologi Lenggong, Perak.

JASANUSA

Rujukan;

https://m.facebook.com/jasanusa

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts