Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi
Balik dari Langkawi, Annuar tweet minta ‘ceasefire‘. Rupanya, dia terus membuat tuduhan liar menyerang Presiden dan UMNO.
Annuar macam Muhyiddin yang terus menyerang UMNO bila hilang jawatan parti.
Skrip dia sama;
Presiden pecat dia.
UMNO mahu Anwar jadi PM.
UMNO bergabung dengan DAP.
Serta UMNO berpecah.
Sebenarnya, tindakan berterusan Annuar menghentam Presiden dan UMNO secara terbuka adalah supaya UMNO dilihat berpecah. Dia pelaksana ‘game plan‘ musuh.
Annuar juga kata UMNO pecah tiga. Dia lupa pecah tiga itu kerana adanya ‘power broker‘ sejak UMNO kalah. Ada yang mahu menjual UMNO kepada Mahathir. Mereka jadi katak macam “Hamzah and the gang“.
Ada yang tidak jadi melompat. Sekarang mahu jual UMNO kepada Muhyiddin pula. Muhyiddin dalam video yang sudah lama viral dedahkan akan beli pemimpin UMNO dengan jawatan Menteri dan GLC.
Rujuk pautan;
Justeru, apa yang Annuar Musa mahu hairankan pasal pecah tiga? Dia adalah sebahagian daripadanya.
Dalam temu bual beliau di Mingguan Malaysia semalam, Annuar mendakwa UMNO akan ‘luput’ jika tersalah pilih pakatan di PRU-15 nanti.
Tidak semudah itu. UMNO pernah diharamkan. UMNO pernah ada Team A dan Team B. UMNO melahirkan beberapa parti serpihan. Bahkan UMNO juga sudah ada pengalaman hilang kuasa. Adakah UMNO luput?
Itu sebab UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PPBM. PPBM jelas menikam UMNO dari belakang. Selepas 11 bulan bersama Perikatan Nasional, PPBM adalah kawan yang tidak jujur.
Mendendangkan naratif “No Anwar No DAP” adalah ‘game plan‘ Hamzah Zainuddin, Azmin dan Muhyiddin. Ia mahu mengelirukan ahli UMNO. Matlamatnya supaya UMNO berpecah dan UMNO tidak tinggalkan Perikatan Nasional.
Dalam pertemuan Ketua Bahagian pada 5 Januari 2021 dan Mesyuarat MKT pada 6 Januari 2021, tidak berbangkitpun isu Anwar dan DAP. Jelas Annuar Musa mahu UMNO bermain dalam ‘galeri’ dia.
Sebab itu keputusan menggugurkan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN amat tepat. PPBM kehilangan senjata yang boleh pecahkan UMNO dari dalam.
Jangan hairan satu hati nanti Annuar Musa akan naik pentas PPBM seperti mana Muhyiddin naik pentas DAP untuk menyerang UMNO.
Sebab itu apabila Muhyiddin mendapat perkenan YDP Agong untuk isytihar darurat, Annuar mungkin bertepuk puas kononnya UMNO kena ‘checkmate‘.
Annuar akan terus menghentam UMNO. Dia tidak akan berhenti. Dia mencari kepuasan diri. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Tetapi Annuar juga tahu UMNO akan terus kekal wujud. UMNO adalah parti akar umbi. UMNO tidak akan mereput. Yang mereput adalah dia.
UMNO hanya boleh dihapuskan melalui undang-undang. Pada 25 Januari ini Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan 16 orang bekas ahli UMNO supaya UMNO dibubarkan.
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah menolak permohonan mereka. UMNO sudah pernah diharamkan.
In sha Allah UMNO tidak akan luput dan reput.