NASIHAT EKSEKUTIF DAN KUASA PERUNDANGAN DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

489
SHARES
2.9k
VIEWS

1. Perisytiharan darurat oleh YDPA tidak boleh dicabar dengan kuat kuasanya Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu Parlimen boleh menamatkan tempoh darurat lebih awal melalui resolusi. Proses persidangan Parlimen semasa darurat ditetapkan oleh Perkara 150(9) Perlembagaan Persekutuan. Malah YDP Agong melalui ordinan boleh mengadakan prosiding Parlimen mengikut kesesuaian waktu darurat.

Dalam keadaan perlukan kesegeraan, YDP Agong boleh menggubal ordinan tanpa membentangkannya di Parlimen. Dalam situasi biasa, ordinan melibatkan kuasa perundangan justeru persidangan Parlimen itu perlu selaras dengan amalan syura yang melandasi sistem politik traditional yang mendokong Perlembagaan Persekutuan.

Secara alternatifnya tanpa prosiding Parlimen, YDP Agong boleh melaksanakan syura untuk menggubal ordinan melalui rundingan dengan Majlis Raja-Raja juga pihak-pihak berwibawa lain seperti Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara selain daripada Jemaah Menteri.

Selagi tiada ordinan dikeluarkan oleh YDP Agong untuk menggantung kuat kuasa doktrin nasihat di bawah Perkara 40(1A), maka baginda masih perlu menerima nasihat Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk melaksanakan kuasa di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 55 dibaca dengan Perkara 40(1A) iaitu baginda perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri untuk memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen, melainkan pembubaran Parlimen di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

2. Dalam penggubalan ordinan, YDP Agong tidak tertakluk pada nasihat Jemaah Menteri. Hal ini kerana kuasa perundangan Persekutuan termaktub dalam Perkara 44 Perlembagaan, iaitu YDP Agong dan dua Majlis Parlimen.

Justeru, YDP Agong tidak perlu mengikut nasihat Jemaah Menteri untuk menggubal ordinan.

Nasihat Jemaah Menteri hanya terpakai dalam penjalanan fungsi kuasa eksekutif YDP Agong dan perkara-perkara yang diberikan oleh Undang-Undang Perlembagaan.

Oleh Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi

Pengasas Jurisprudens Watan

Pakar Perlembagaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts