LEBIH BAIK ANNUAR MUSA TUMPU KEPADA TUGAS MENTERI DARIPADA SIBUK BERPOLITIK – ISHAM JALIL

1.5k
SHARES
9k
VIEWS

Pagi tadi Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan bahawa ada beberapa pemimpin UMNO yang kononnya ingin “mensendirian berhadkan” parti.

Kenyataan ini adalah respons defensif beliau terhadap sentimen akar umbi UMNO yang rata-rata telah membuat keputusan dalam beratus-ratus mesyuarat perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian baru-baru ini untuk menolak sekutu rapat beliau iaitu PPBM.

Dalam penulisan beliau tersebut, nampak jelas bahawa Annuar Musa begitu terasa terhadap sentimen akar umbi dan juga pendirian ramai pemimpin parti dari peringkat cawangan sehinggalah ke majlis tertinggi yang tidak bersetuju dan sudah boleh membaca akan niat beliau yang dilihat gigih mencuba untuk ‘menjual’ UMNO kepada PPBM.

Sebagai seorang sahabat, saya sarankan supaya sebagai menteri kabinet, Tan Sri Annuar Musa lebih fokus untuk membantu kerajaan mencari jalan menurunkan penularan wabak COVID-19 yang kini sedang mencanak naik akibat keputusan-keputusan salah yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini.

Bukannya sibuk berpolitik menyerang rakan-rakan sendiri dalam parti umpama cuba untuk memecahbelahkan UMNO dan memberi kelebihan kepada parti lain iaitu PPBM pula.

Tan Sri, UMNO bukan untuk dijual.

ISHAM JALIL

20 Januari 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/902173003871558/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts