KERAJAAN JANGAN BAKHIL, PERLU BELANJA UNTUK KEPERLUAN RAKYAT

365
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Sangat menarik temubual Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi dalam program MPN malam tadi. Di saat sebahagian kita lebih suka mengulas pandangan beliau mengenai hubungan UMNO dan PPBM dalam program tersebut, saya lebih suka melihat sisi idea ekonomi yang Ayah Chik utarakan. 

Apa yang Ayah Chik sebut?

Beliau kata, “Kerajaan jangan bakhil. Perlu belanja untuk keperluan rakyat. Perbelanjaan yang membawa berkat dan menambah hasil negara

Inilah falsafah ekonomi ‘Keynesian’. Keynesian ini pula ceduk sebahagiannya daripada pandangan ekonomi Ibnu Khaldun.

Bagi kedua-dua Keynesian dan Ibnu Khaldun, perbelanjaan kerajaan akan menaikkan permintaan pengguna dan akan menggalakkan rakyat berbelanja.

Apabila semua berbelanja, maka aliran tunai akan berlaku. Secara automatik, ‘output‘ ekonomi akan berkembang.

Bagaimana mahu galakkan rakyat berbelanja? Ada dua syarat;

1. Rakyat merasa selamat dengan masa hadapan dan simpanan mereka

2. Rakyat mempunyai lebihan tunai melebihi keperluan simpanan asas

Jika kita lihat, sebenarnya rakyat kita mempunyai wang. Sebagai contoh, Tabung Haji sahaja mencatatkan peningkatan deposit hampir RM6 bilion pada tahun 2020.

Duit ada. Tetapi rakyat takut berbelanja apabila kerajaan dilihat kedekut. Batalkan projek infrastruktur, kurangnya polisi pelaburan yang menarik pihak luar serta bantuan kebajikan yang sedikit.

Jadi perkara ini akan mempengaruhi sentimen rakyat. Rakyat akan takut berbelanja. Duit lebih rela disimpan dalam bank sahaja. 

Sebab itu dahulu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memulakan BR1M, Baucer Buku, Baucer Sekolah dan sebagainya. Ia mencipta lebihan tunai dan meyakinkan rakyat untuk berbelanja.

Malah jika anda melihat polisi-polisi ekonomi pada zamannya termasuklah pelaburan besar-besaran GLC dan institusi kewangan ke luar negara, semuanya bertujuan mencipta lebihan tunai.

Kerana keuntungan GLC dan institusi kewangan ini akan dizahirkan kepada rakyat dalam bentuk dividen yang tinggi pula.

Kerajaan perlu berbelanja. Jangan takut. Perniagaan kecil dan sederhana perlu insentif kewangan untuk terus survive. Syarikat percetakan, pakaian dan buku perlukan baucer supaya perniagaan boleh bertahan.

Bengkel perlu moratorium pinjaman untuk terus kekal berjuang. Syarikat perunding pembinaan perlu insentif gaji yang besar untuk memastikan pekerjanya dapat membawa pulang makanan.

2021 adalah tahun yang sukar. Lebih sukar daripada 2020. Kesan ekonomi buruk tahun lepas akan memberi ‘lagging effect‘ untuk ekonomi tahun ini. Dengan darurat dan PKP yang dijangka berpanjangan, adalah satu masalah jika kerajaan masih takut keluarkan wang.

Buatlah polisi ekonomi yang jelas. Salurkan tunai kepada rakyat. Permudahkan KWSP, automatikkan moratorium. Bank tidak akan mati kalau tambah moratorium 6 bulan lagi.

Tahun 2020, semua bank untung. Hendak takut apa? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts