‘JOB DONE’, NAJIB BERSALAH, HAKIM NAZLAN BALIK KE MAHKAMAH TINGGI KOMERSIAL

652
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Mulai 1 Mac 2021, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan dipindahkan balik daripada Mahkamah Tinggi Jenayah kepada Mahkamah Tinggi Komersial.

Beliau adalah Hakim yang membicarakan kes rasuah SRC Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib.

Pelantikan Nazlan menimbulkan kontroversi. Dia baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Komersial untuk mengendalikan kes ‘komersial’ bermula 30 Januari 2017.

Kes rasuah SRC adalah kes ‘jenayah’. Sepatutnya Hakim berpengalaman wajar kendali kes jenayah berprofil tinggi. Nazlan baru setahun setengah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Komersial. Dia tiada pengalaman menghakimi kes ‘jenayah’ sebelumnya.

Kes itu sepatutnya didengar oleh Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada “4 Julai 2018”. Tetapi Sofian diganti serta merta oleh Hakim Mohd Nazlan setelah Richard Malanjun dilantik Ketua Hakim Negara pada “11 Julai 2018”.

Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas Richard Malanjun dilantik.

Maka adakah keputusan memindahkan semula Nazlan ke Mahkamah Tinggi Komersil bermotif politik kerana dia berjaya menunaikan misi “Najib bersalah”.

Kalau dakwaan ini benar, mesti ada arahan. Maka siapakah yang membuat arahan?

Apapun job done. Mission accomplished.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts