KOLEJ KIAS DISITA, PUTRA PERTIKAI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

1.8k
SHARES
10.7k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA KELANTAN

31 Januari 2021

Selepas isu lelongan tanah PMBK, kini timbul satu lagi isu yang membelenggu Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengeluarkan notis untuk menyita Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kerana gagal membayar hutang RM4.1 juta kepada syarikat Indah Serumpun Sdn Bhd sebagaimana notis yang dikeluarkan  bertarikh 26 November 2020.

Kegagalan demi kegagalan oleh Kerajaan PAS Kelantan mengurus tadbir anak syarikat atau institusi pendidikan milik kerajaan negeri menunjukkan bahawa PAS gagal mentadbir negeri.

Selepas lebih 30 tahun maka sudah sampai waktu dan masanya rakyat Kelantan ‘menghalau’ keluar PAS dari Kota Darul Naim.

Rakyat Kelantan wajib memberi ruang dan peluang kepada parti lain khususnya PUTRA memerintah negeri ini dan mengendalikan tadbir urus kerajaan di Kota Darul Naim. 

Sesungguhnya AMAT MEMALUKAN KERANA SELAMA INI PAS MENJAJA “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” TETAPI APA YANG BERLAKU ADALAH MERUNTUHKAN INSTITUSI ISLAM, MEROSAKKAN KERAJAAN DAN MENGHAMPAKAN RAKYAT.”

30 TAHUN “MAKAN GAJI BUTA”. 

MASA UNTUK TUKAR KERAJAAN KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

Terima kasih. 

Ab Kadir Yaacob

Ketua Penerangan PUTRA Kelantan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts